Serangan Mengejut Ransomware WannaCry Di Seluruh Dunia


Sekarang tengah kecoh tentang satu virus atau malware yang dinamakan Ransomware WannaCry yang mana telah menyerang pengguna di seluruh dunia. Aku tidak terkejut sangat bila dengar pasal Ransonware sebab sekitar dua tahun lepas, aku pernah terima laptop daripada seorang kawan dan ke semua fail-fail penting dalam laptop dia tak boleh langsung 'recover'. Senang cerita, ke semua telah di locked dan di 'encrypt'.

Aku cuba cari balik post berkenaan pasal Ransomware yang pernah aku publish dekat Facebook dulu untuk beri peringatan pada rakan-rakan Facebook tapi tak jumpa. Menjenuh aku dok search satu persatu post dulu.

Dulu kalau nak detect kalau terkena Ransomware senang je, ada satu folder baru akan muncul dan dalam folder tu terdapatnya satu fail (lebih kurang macam gambar di bawah). Fail tu pulak akan jelaskan cara untuk dapatkan balik fail korang yang telah di locked. Iaitu dengan cara membayar wang tebusan. Selepas itu, diorang akan 'decrypt' balik fail yang telah di locked.


Masa tu aku cuba Google dan cari jalan penyelesaian selain dari untuk bayar pada si 'hacker' ni. Tapi hasil carian kurang sangat sebabnya Ransomware masa tu belum cukup meluas. Hanya ada satu dua forum yang bincangkan pasal Ransomware (forum luar negara). Ada yang gunakan cara yang sama untuk recover balik fail asal seperti mana yang digunakan untuk fail yang telah dijangkiti malware. Tapi tak berhasil. Ada juga yang bayar wang tebusan dan si 'hacker' decrypt balik tetapi tak semua dapat recover balik fail asal.

Selepas hanya beberapa bulan lepas tu, kecoh pasal Ransonware dalam group Facebook PC Gaming Community Malaysia. Seorang demi seorang kena. So macam mana jalan penyelesaiannya? Nak tak nak terpaksa 'move on' fail dah hilang dan format balik komputer. Itu saja caranya kalau dah pun terkena serangan Ransomware.


Serangan Mengejut Ransomware WannaCry


Setakat ini melalui pembacaan daripada laman web Amanz.my, kira-kira 75,000 serangan telah berlaku dalam tempoh 24 jam lepas, menyerang pengguna sekitar 99 buah negara. Cepat betul si 'hacker' Ransomware ni buat kerja. Jadi berhati-hatilah korang dengan Ransomware ni dan jangan ambil endah tak endah pasal ni.

Langkah Pencegahan Awal Dari Terkena Serangan Ransomware

Ransomware ni bertindak melalui pelbagai cara sama ada link spam dalam email, download link yang meragukan dan macam-macam lagi. Ada juga yang tak buat apa-apa, tiba-tiba muncul notifikasi yang komputer korang telah pun diserang Ransomware.


  1. Backup segala dokumen dan fail yang ada dalam simpanan komputer ke external hard disk atau pun simpan dalam cloud storage seperti Google Drive, One Drive dan sebagainya.
  2. Install Anti Virus dan sila kemasikini database definition yang terbaru. Kebanyakan antivirus yang ada sekarang dah pun mula bertindak mengemaskini diorang punya database definition untuk menyekat Ransomware daripada berlaku.
  3. Kemaskini juga sistem operasi Windows pada komputer korang. Microsoft dah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah pun mengeluarkan patch untuk Windows XP dan ke atas.
  4. Paling mudah sekali ialah kalau takut diserang, jangan sesekali connect internet pada komputer. Soalnya bolehkah anda hidup tanpa internet?


Harap akan datang, ada developer yang bijak pandai mencipta satu tools yang boleh 'decrypt' fail tanpa membayar dengan harga yang mahal pada si 'hacker' Ransomware ni.

SUMBER: AMANZ.MY

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. pernah dgr jugak pasal benda ni.. sama mcm kes hacker ugut disney

    BalasPadam
  2. singgah sini

    https://aztieyshana.blogspot.my/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama