Pengalaman Pertama Travel Jarak Jauh Dalam Bulan Ramadan


Beberapa saja hari lagi Ramadan akan melabukan tirainya. So, macam mana dengan Ramadan kali ni? Semua berjalan lancar tak? Harap-harap berjalan dengan lancar lah hendaknya yer.

Ramadan kali ini adalah pengalaman pertama aku membuat perjalanan jarak jauh setiap hari (5 hari) dalam seminggu dari Port Dickson ke Damansara Perdana menggunakan motorsikal (kapcai). Masa masuk hari pertama Ramadan, aku terkenang macam mana lah keadaan aku nanti bila travel jarak jauh ketika puasa (walaupun dah termasuk dalam golongan musafir).

Baca: Travel Ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal

Ramai juga rakan-rakan pejabat bertanya, tak penat ke naik motor ulang alik bulan Ramadan ni. Setelah mengalaminya beberapa minggu ini, aku tak rasa perbezaannya sangat. Penat sudah tentulah penat. Bukan dalam bulan puasa pun bawa motor nak harung 100 km setiap hari pun dah kira penat yang amat sangat.

Cumanya dalam bulan Ramadan ini, seperti biasa company akan beri pelepasan untuk datang ke tempat kerja pada pukul 8.00 pagi dan balik pada pukul 4.30 petang.

Waktu nak pergi ke tempat kerja tak menjadi masalah walaupun kena ada di pejabat awal. Lepas saja habis bersahur dan solat subuh terus bersiap untuk pergi kerja lebih kurang dalam pukul 6.30 pagi. Waktu balik pula, tak lah terlalu terkejar-kejar. Dalam pukul 6.15 petang dah sampai dirumah dan sempat untuk berbuka puasa (kalau naik motorlah).

Rutin yang sama juga akan aku lalui untuk bulan akan datang. Tak kira bulan puasa atau tidak, perjalanan jauh untuk mencari rezeki tetap diteruskan. InsyaAllah mana tahu satu hari nanti terbuka hati aku untuk berhenti dari buat kerja gila untuk harung 100 km setiap hari dan menyewa bilik dekat pejabat nanti. Sama-sama kita nantikan.

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. cari rumah dekat dgn ofis, jimat dan tak memenatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum ada perancangan lagi. InshaAllah next year kalau tak ada aral melintang.

      Padam
  2. kalau ada rezeki cari rumah dekat dgn ofis.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama