Bagaimana Ingin Mengetahui Harga Pasaran Kereta Jika Ingin Buat Pembaharuan Insurans

Panduan Nilai Pasaran Kereta

Sekarang terdapat perlbagai jenis transaksi pembaharuan insurans kereta yang boleh dipilih. Sama ada melalui agen, pejabat POS, MYEG dan sebagainya. Ini amat memudahkan khusus kepada mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pembaharuan insurans kereta.

Kini semua orang sudah pun mempunyai telefon pintar dan rangkaian internet. Ada sesetengah syarikat insurans menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans kereta secara atas talian. Tetapi bagaimana pengetahuan kita sebagai pemilik kereta ingin tahu berapa nilai perlu di insuranskan? Tertanya-tanya bukan?

Mengikut pengetahuan aku, nilai yang akan di insuranskan adalah berdasarkan kepada nilai harga kereta semasa. Berdasarkan penceritaan rakan-rakan, ada yang kata harga kereta akan turun sebanyak RM 5,000 setiap tahun. Benarkah? Itu aku sendiri tak dapat nak sahkan benar atau tidak. Hanya agen insurans berpengelaman yang tahu.

Jadi bagaimana caranya untuk tahu berapa nilai harga kereta apabila kita hendak membuat pembaharuan insurans kereta sendiri menggunakan khidmat atas talian?

Bagaimana Ingin Mengetahui Harga Pasaran Kereta

Bagi seorang amatur seperti aku yang ingin membuat pembaharuan insurans kereta di pejabat POS atau pun secara atas talian, perkara pertama yang saya harus tahu ialah berapa harga pasaran kereta.

Ini adalah sangat penting untuk tahu kerana jika tidak tahu berapakah harga pasaran kereta berkemungkinan besar akan tersalah menginsuranskan kereta.

Panduan Nilai Pasaran Kereta 

CarBase.my mempunyai panduan bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta pada laman web mereka. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mempertimbangkan untuk menginsuranskan kereta dengan betul.

Panduan Nilai Pasaran Kereta
Caranya sangat mudah, korang hanya perlu memilih jenama kereta, model, tahun diperbuat, kapasiti enjin, transmisi dan variant kereta. Klik "Get Valuation" dan anda sudah dapat kiraan secara automatik nilai pasaran kereta.

Untuk pengetahuan, bagaimanapun kiraan yang dibuat adalah hanya untuk panduan semata-mata. Harga pasaran mungkin berbeza sekitar RM 2,000 hingga RM 5,000 bergantung kepada keadaan kereta. Harga juga tidak termasuk sekali dengan harga cukai jalan dan insurans.

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama