Perkara Wajib Dilakukan Apabila Gaji Masuk

Perkara Wajib Dilakukan Apabila Gaji Masuk

Bagi seorang yang "makan gaji", setiap hujung bulan adalah satu peristiwa atau kejadian yang sangat ditunggu-tunggu. Muka gembira apabila melihat nilai ringgit di dalam akaun bank bertambah. Tapi ianya hanya buat sementara waktu sahaja.

Sedikit demi sedikit nilai di dalam akaun bank berkurang. Banyak yang perlu di bayar dan dibelanjakan pada hujung bulan. Tetapi bagaimana untuk menguruskan pembahagian kewangan apabila gaji telah masuk. Lain orang lain caranya.

Jadi bagaimana sebenarnya untuk melakukan pembahagian secara teratur dan tersusun mengikut kepentingan. Di sini aku ingin kongsikan serba sedikit perkara yang wajib dilakukan apabila gaji sudah masuk.

Cara Menguruskan Perbelanjaan Secara Teratur dan Sistematik

Aku tak dapat nafikan untuk menguruskan gaji dengan baik adalah sangat susah jika disiplin tidak ada. Tetapi kita boleh melatih diri daripada awal, walaupun ianya tidaklah mencapai seratus peratus apa yang kita rancang. Ia juga bergantung pada komitmen masing-masing dalam soal perbelanjaan.

Bahagikan Gaji Kepada Tiga (3) Bahagian

1. Simpanan Tetap

Benda yang selalu orang lupa ialah simpanan tetap. Ada orang akan membuat simpanan tetap setelah benda lain telah dibayar dan dibelanjakan. Ingin aku tegaskan disini ialah simpanan tetap perlu diletakkan sebagai "high priority".

Untuk simpanan tetap, sekurang-kurangnya kita perlu tolak 10 peratus daripada gaji "basic" kita. Ketepikan dahulu soal "overtime" dan elaun tetap jika ada. Apa yang aku lakukan sekarang ialah 10 peratus daripada gaji yang ditolak akan terus pergi ke "saving account". Aku juga membuat potongan gaji secara terus untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bergantung kepada korang untuk buat macam mana. Yang penting, wajib untuk tolak sedikit gaji untuk simpanan tetap.

2. Perbelanjaan Tetap

Selepas 10 peratus ditolak daripada gaji, lebihannya diperuntukkan untuk perbelanjaan tetap. Antara perbelanjaan tetap ialah seperti perbelanjaan untuk bil air, bil elektrik, bil internet, Astro dan lain-lain.

Antara lain perbelanjaan tetap bulanan termasuk sekali dengan pinjaman kereta (jika ada), pinjaman motor (jika ada), pinjaman pendidikan seperti PTPTN, MARA dan lain-lain. Ini adalah perbelanjaan wajib yang perlu dimasukkan. Elakkan daripada menangguh daripada membayar. Jika ditangguhkan, lama-kelaman ia akan menjadi beban pada diri sendiri.

Perbelanjaan seperti belanja makan tengah hari, minyak kenderaan, kos selenggara kenderaan, perbelanjaan dapur juga boleh dimasukkan ke dalam perbelanjaan tetap.

Buat satu senarai yang kita boleh tengok secara fizikal dan visual. Ini penting kerana kadang-kadang kita manusia mudah terlupa.

3. Peruntukan Bajet (Lebihan)

Selepas dua perkara dilakukan, inilah masa untuk membuat peruntukan bajet lebihan yang ada. Sudah semestinya, dah penat kerja dan dapat gaji takkanlah tak buat "self-reward". Sudah tentu ada dan ini termasuk dalam peruntukan bajet yang ingin aku kongsikan.

Belilah apa yang patut untuk diri sendiri. Masukkan juga perbelanjaan untuk hiburan dan sebagainya sebagai tanda menghargai diri sendiri selepas penat bekerja untuk mendapatkan gaji. Bergantung pada "life style" korang sendiri.

Kurangkan Perbelanjaan Yang Membebankan

Apa yang aku ingin tegaskan disini jika boleh jangan membuat perbelanjaan yang boleh membebankan diri sendiri. Terutamanya berhutang pada tempat yang tidak perlu.

Bezakan antara keperluan dan kehendak. Belanja mana yang perlu dan mana yang tidak perlu. Jika tiga (3) perkara dapat dilakukan, tidak mustahil korang sendiri dapat tengok aliran tunai atau dalam bahasa inggeris "cashflow" yang amat baik dan tersusun.


Jika ada lebihan sekitar 5% - 10% maka korang sudah pun berjaya menyusun strategi ke arah kewangan yang lebih tersusun secara sistematik.

Titik tolak adalah pada diri sendiri. Disiplinkan diri daripada membuat lebihan perbelanjaan yang tidak perlu dan tumpukan kepada yang perlu.

8 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Bagusnya teratur macamni. Kalau kita catat segala duit yang dah dibelanjakan, takda lah rasa duit habis macmatu sahaja taktau buat apa. btw, dekat smartphone pun ada apps "MyTabung" okay juga boleh list semua benda dekat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh My tabung, pernah gak guna. Tapi last2 uninstall balik sbb jarang guna.

      Padam
  2. No 10 tu jangan lupa, nanti tak boleh keluar negeri tau... hehe...

    BalasPadam
  3. ada buat bajet untuk perbelanjaan... tapi time2 perayaan ke laut juga... hihihi


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab perayaan ni yang susah sikit nak kawal. Tapi as long as tak lebih drpd kemampuan, dah ok.

      Padam
  4. alhamdulillah. ni la 3 benda yg aida amalkan sekian lama.
    belajar dari pengalaman sendiri kan.
    duit takde. simpanan takde. aduhai...
    now. pertama mesti saving tetap. ada beberapa channel of saving.
    then, sure la bil-bil, yuran taska, yuran tuisyen, dsbg nyer...
    yg lebih tu la yg dijadikan belanja bulanan. kalau skit, skit lah. kalau byk, alhamdulillah. meriah la belanja bulan tu :)

    BalasPadam
  5. Ya, betul tu. Saya sendiri belajar daripada pengalaman sendiri. Sebelum ni memang tak terurus jaga kewangan sendiri. Tapi sikit demi sikit berlatih dan terus disiplin untuk terus buat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama