Jangan Abaikan Kecederaan Kecil Ketika Bersukan


Aku nak terobek balik kisah bagaimana aku dapat kecederaan buku lali dan selepas tu buat pembedahan. Mungkin hasil perkongsian aku ni mungkin dapat 'trigger' tentang kesedaran untuk tak mengabaikan apa saja bentuk kecederaan yang kita dapat semasa bersukan termasuklah kecederaan ringan. Mengikut kes aku ini, sebenarnya pada awalnya adalah kecederaan ringan tetapi akibat kelalaian aku, kecederaan ringan ini bertukar kepada kecederaan berat.

Punca Kecederaan Buku Lali

Kecederaan pertama ialah pada tahun Disember 2013, sewaktu main futsal ankle kaki kiri 'twisted' ke dalam bila aku nak lakukan pecutan kejar bola (konon professional lah..pui!). Memang nak pijak lantai tak boleh langsung. Sekejap saja buku lali aku bengkak dan terus aku tekapkan dengan ais.


Keesokkan harinya aku pergi ke Klinik berdekatan untuk periksa sama ada berlaku keretakkan pada tulang atau tidak. Hasil imbasan X-ray, tiada apa-apa pun yang kecederaan yang serius. Sebaliknya doktor ada nasihatkan aku untuk berehat dalam masa tiga bulan tanpa melakukan aktiviti berat seperti bersukan. Kalau dalam masa tiga bulan tu, sakit dan bengkak masih tak hilang, aku kena buat imbasan MRI pula.

Selepas berehat tiga bulan, aku dapati bengkak pada kaki aku masih lagi belum hilang. Aku perasan yang buku lali yang cedera semacam longgar. Tapi aku tak endahkan dan berpendapat tiada yang serius pun. So, aku pun mula balik bersukan seperti biasa. Untuk kali kedua, aku mendapat kecederaan yang sama, kali ini paling serius. Aku cuba buat 'jump smash' ketika bermain badminton, tapi landing menggunakan kaki kiri yang belum lagi 100% elok.

Kecederaan kedua aku langsung tak buat pemeriksaan. Hanya sapu minyak angin untuk redakan bengkak. Aku pun buat keputusan untuk berehat panjang. Selepas berehat panjang dalam setahun tak bersukan. Aku masih lagi degil untuk teruskan bersukan walaupun sedar kaki belum lagi 100% elok. Dan sekali lagi untuk kali ketiga aku cedera ketika bermain badminton. Ini pun aku tak pergi jumpa doktor.


Buat Pemeriksaan Selepas Dua Tahun Mengalami Kecederaan Tempat Sama

Selepas buat research sedikit dalam internet dan bertanya pada kawan-kawan yang dah pun jadi doktor, besar kemungkinan ligamen buku lali kaki kiri mungkin koyak. Selepas dua tahun baru nak ada kesedaran nak buat pemeriksaan. So, aku tetapkan masa untuk buat imbasan MRI di hospital swasta.

Keputusan yang ditunjukkan oleh imbasan MRI memang betul. Kecederaan buku lali aku mengakibatkan ligamen yang dipanggil "Anterior Talofibular Ligament (ATFL)" telah pun 99% koyak. Itu sebab 'bruised' atau bengkak pada buku lali kaki kiri masih lagi ada.

Hasil konsultasi bersama doktor pakar, kecederaan buku lali aku ini sebenarnya kalau dibuat pemeriksaan pada awal-awal kena dulu taklah serius sangat. Ini semua akibat lalai dan buat tak endah. Nak tak nak aku kena buat pembedahan untuk sambungkan balik ATFL yang koyak tu. Seram giler bila doktor tu terangkan dan tunjukkan gambar-gambar hasil pembedahan. Aku tutup mata terus.

Aku pun setuju untuk buat pembedahan. Tapi doktor pakar tersebut tak dapat janji benda ni 100% boleh pulih. Cuma dia dapat sambungkan baliklah ligamen yang putus. Aku redha sebab salah aku pun dari awalnya. 

Selepas Pembedahan Ligamen ATFL

Aku buat pembedahan pada waktu pagi. Selepas masuk dalam bilik bedah dan berbual sekejap dengan doktor dan awek-awek nurse dalm tu, sedar-sedar aku dah pun ditolak masuk ke dalam bilik ward. Oh dah setel!. Tapi masa tu aku tak boleh gerakkan anggota badan terutamanya kaki kerana aku diberi ubat bius dan lumpuh setengah badan hasil permintaan aku sebelum ini.

Selepas tiga hari pembedahan dibuat, seperti yang diaturkan aku perlu buat physioteraphy. Mula-mula perlu memakai kasut (apa ntah aku dah lupa nama kasut tu). Kasut tu bertujuan untuk 'lock' pergerakan buku lali dan membolehkan aku berjalan tanpa menggunakan 'crutches'.


Selepas keluar dari hospital, dalam sebulan juga aku guna kasut tu bersama 'cruthes'. Tapi doktor marah aku sebab kenapa masih lagi 'cruthes'. Nanti sampai bila-bila aku tak boleh berjalan kalau aku tak lepaskan 'cruthes'. Sebenarnya aku tiada keyakinan langsung untuk lepaskan 'cruthes' walaupun dah pakai kasut pelindung tu. Aku pun dalam Youtube kot-kot ada yang ada simpton macam aku ni. Dan aku terjumpa satu video ni, yang memberi keyakinan kepada aku balik. 

Atas nasihat doktor aku memerlukan sekurang-kurangnya rehat tanpa bekerja selama 3 bulan. Untuk 3 bulan kedua, aku diminta untuk tidak sesekali degil untuk bersukan. Tunggu sampai dah boleh jalan tanpa kasut tu. Dalam tiga bulan tu juga, aku perlu berulang dari rumah ke hospital untuk buat 'physiotherapy'.





Kasut yang aku pakai tu agak berat juga sebenarnya dan boleh buat kaki lenguh dan letih. 

Rawatan Segera Bila Kecederaan Berlaku

Jika benda berlaku pada korang ketika bermain futsal atau badminton atau pun apa jenis sukan pun. Korang boleh gunakan kaedah 'RICE'. Apa itu 'RICE'? 

  1. ‘R‘ Untuk ‘Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
  2. ‘I‘ Untuk ‘Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
  3. ‘C‘ Untuk ‘Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
  4. ‘E‘ Untuk ‘Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Harap hasil perkongsian kisah aku ni dapat membuka mata untuk sesiapa saja agar tidak memandang ringan walaupun berlakunya kecederaan kecil. Buat pengetahuan korang semua, walaupun dah hampir setahun selepas pembedahan, aku masih lagi tak dapat momentun untuk bersukan macam dulu. Yes, memang betul dah bedah dan ligamen dah bersambung. Kaki pun tak bengkak dan tak longgar macam dulu. Cuma aku harus berhati-hati dan adakalnya perasaan phobia tiba-tiba muncul. Jadi cegahlah lebih awal lebih baik dari merubat!

5 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Fuh! baca nih je aku dah seram!huhu..makan bulan juga nak sembuh. memang xleh amek remeh benda benda cmni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertahun juga la. Memang benda macam ni mmg takley pndang remeh. Yg kecil tu la jadi besar nnt.

      Padam
  2. Alomokk seramnyaaa.. Mintak dijauhkanlah.... Aduyaii..

    BalasPadam
  3. sedang mencari rawatan ACL

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama