Tempoh Terbaik Untuk Tukar Minyak Hitam Motorsikal


Nota kaki: Perkongsian berkenaan dengan penukaran minyak hitam motorsikal adalah mengikut pengalaman sendiri. Sila rujuk kepada pakar untuk tahu lebih lanjut.

Minyak hitam atau pun lebih tepat disebut minyak enjin adalah benda paling utama perlu dijaga dan perlu ditukar apabila sudah mencapai had "mileage" yang dibenarkan. So, macam mana nak tahu bila boleh tukar minyak hitam?

Jika ditanya isu ini pada aku, ianya masih subjektif dan aku tak boleh nak bagi kata putus apakah tempoh terbaik untuk tukar minyak hitam motorsikal. Berdasarkan pengalaman aku yang lepas, aku tak boleh letak had "mileage" secara tepat kerana ianya bergantung pada usia enjin motor dan juga cara penggunaan motor.

Had 'Mileage' Bergantung Pada Jenis Minyak Hitam?

Berdasarkan pada saranan oleh mekanik motor, keperluan untuk menukar minyak hitam bergantung pada jenis minyak enjin itu sendiri. Ada yang sarankan untuk tukar minyak enjin setiap 3,000 km untuk minyak enjin jenis Semi-Synthetic. Jenis Fully-Synthetic pula perlu ditukar selepas 5,000 km.

Mengikut pengalaman yang dua tahun lepas menempuh perjalanan sejauh 200 km menggunakan Honda Dash 110, aku terpaksa 'overhaul' enjin sebanyak dua kali akibat minyak hitam kering. Aku dinasihatkan sendiri oleh mekanik motor untuk menukar minyak enjin setiap 3,000km tetapi masalah minyak kering tetap terjadi walaupun motor masih lagi baru ketika itu.

Jarak tempuh ketika itu baru mencapai 2,000 km. Jadi tempoh untuk tukar minyak selepas 3,000 km tidak boleh diguna pakai. Kemudian aku mencuba pula minyak Fully-Synthetic. Hasilnya tetap sama. Selepas saja 1,500 km, minyak mula kurang.

Kenapa Minyak Hitam Cepat Kurang?

Bagi motor yang tidak mempunyai sistem penyejukan enjin seperti Honda Dash 110, untuk menempuh jarak perjalanan yang jauh adalah sangat tak digalakkan. Ini kerana jika enjin motor dipaksa bekerja keras sepanjang perjalanan menempuh 100 km dengan kelajuan maksimum 100km/h, mengakibatkan minyak enjin menjadi 'cair'. Seterusnya tidak dapat melindungi komponen di dalam enjin motorsikal dengan baik.

Menggunakan minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang lebih tebal adalah lebih baik bagi mereka yang ingin membuat perjalanan jarak jauh dengan kerap.


Itu untuk mereka yang travel jarak jauh. Ada juga minyak enjin cepat kering kerana masalah pada 'piston-ring'. Kalau nampak motor 4-lejang keluar asap putih dengan banyaknya, itu tanda masalah pada block dan mengakibatkan enjin hitam ditarik naik dan dibakar sekali dengan petrol. Betulkan jika aku salah.

Gred API dan Kelikatan Minyak Enjin

Tadi aku ada sebut tentang kelikatan minyak enjin tebal baik untuk enjin motor jika membuat perjalanan jarak jauh bukan. Beri aku sedikit ruang untuk ulas berkenan dengan kelikatan dan gred minyak hitam ni.

Pada setiap botol minyak enjin akan memaparkan gred API dan kelitakan pada botol. Sebagai contoh Petronas Sprinta F700 15W-50. Nombor dan abjad 15W mewakili suhu dan musim iaitu 15 darjah Celcius dan 'W' merujuk kepada 'Winter'. Yang itu kita abaikan sahaja, sebab Malaysia bukan ada musim sejuk.

Berbalik pada 15W-50 tadi, nombor '50' mewakili 'viscosity' iaitu kelikatan minyak enjin. Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang tebal, lebih baik dalam menyerap haba dan melindungi komponen enjin. Cuma kurangnya, motor menjadi sedikit berat. Jadi semakin tinggi 'viscocity' minyak enjin semakin tebal kelikatannya.


Semakin tebal 'viscocity' juga, semakin mahal harga minyak enjin tersebut.

Minyak Enjin Mana Yang Bagus?

Sepanjang tempoh aku menempuh jarak perjalanan yang jauh ke tempat kerja, aku sudah mencuba pelbagai jenis minyak enjin antara Motul, Platinum Oil, Petronas Sprinta dan bermacam lagi. Setiap pengeluar (jenama) minyak pasti mempunyai kelebihan tersendiri.

Aku pernah membuat review tentang jenama minyak enjin yang berbaloi untuk digunakan dekat Facebook post sebelum ini. 

Sekali lagi ingin aku tegaskan, ulasan yang dibuat hanyalah bersandarkan pada pengalaman sendiri selepas membuat beberapa percubaan pertukaran jenama minyak atas nasihat rakan-rakan dan juga mekanik motor.

Point yang ingin aku sampaikan seperti dibawah merujuk kepada keserasian enjin, cara penggunaan motor, usia enjin motor dan bajet bulanan yang sudah aku tetapkan mengikut kemampuan.


Tempoh Terbaik Untuk Tukar Minyak Hitam Motorsikal

Seperti yang aku katakan tadi, benda ini masih lagi perkara 'subjektif' bagi aku. Bagi aku yang setiap hari menempuh jarak perjalanan yang jauh, aku perlu kerap periksa minyak enjin dengan selang jarak 1,000km. Jika minyak cepat kering, kemungkinan ada masalah pada enjin.

Kalau motor tak digunakan untuk travel terlalu jauh setiap hari, boleh la follow seperti manual asal minyak enjin atau pun panduan motorsikal korang. Kurang yakin? Boleh rujuk mana-mana mereka yang pakar hal ini.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tempoh terbaik untuk menukar minyak hitam motor scooter advantist?

    BalasPadam
  2. Bergantung pada cara penggunaan. Tengok pada jenis minyak enjin dan motor. Setiap pembelian motor ada dibekalkan dengan panduan/manual motor. Boleh rujuk disitu.

    BalasPadam
  3. Petronas Sprinta F700 15W50 antara minyak yang saya gunakan sekarang ini. Memang berbeza kerana bunyi bising enjin pun kurang. Insyallah akan kekal jenama ini.

    BalasPadam
  4. Saya pun guna fz150i 2014 juga, perjalanan ulang-alik ke tempat kerja 101km sehari, so far tak de masalah, cuma mekanik kata motor ni tak boleh press rpm mendadak @tarik pickup, kena bawa smooth macam masuk gear, tapi tak perlu pulas habis. kalau tidak nanti enjin kena overhaul.

    BalasPadam
  5. Guna kat motor ape? Yups, setakat ni Petronas Sprinta memang terbaik dan harga pun tak berapa nak mahal sgt.

    BalasPadam
  6. Itulah kena jaga elok2. Selain daripada on-time tukar minyak hitam and oil filter. Cara kendalikan motor pun diambil kira jugak.

    BalasPadam

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017