Type something and hit enter

author photo
By On

Bagi mereka yang ingin membuat 'claim expenses', slip transaksi pembayaran tol diperlukan sebagai bukti. Bagaimana pula jika korang terlupa atau slip transaksi hilang secara tak sengaja. Sesiapa yang menggunakan kad Touch N Go, boleh mendaftar di laman web Touch N Go untuk memeriksa dan mencetak kembali transaksi pembayaran tol menggunakan nombor siri yang ada dibelakang kad.

Bagaimana pula kalau korang yang menggunakan MyKad sebagai pengganti kepada kad Touch N Go. Macam mana pula hendak lihat kembali transaksi pembayaran tol kerana tiada sebarang nombor siri Touch N Go dibelakang Mykad. Jangan risau semuanya bisa diatur.


Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online


Jika korang masih lagi menyimpan resit 'Touch N Go reload', sila semak dan gunakan 'Manufacturing Number' pada slip reload tersebut yang mempunyai 10 digit  nombor. Gunakan nombor tersebut untuk mendaftar dan memeriksa transaksi pembayaran tol. Caranya ialah

Pergi ke laman web Touch N Go > Sign Up


Isikan 'Manufacturing No.' pada 'Card/Device Serial No.' dan seterusnya isikan maklumat yang ada.


Selepas selesai isi segala maklumat yang diminta, gunakan 'username' yang korang buat tadi untuk login. Selepas login, korang akan maklumat korang akan dipaparkan.


Untuk lihat transaksi bayaran tol, klik pada History > View Transactions. Kemudian, pilih tarikh transaksi atau pun korang boleh klik pada All Transactions.


Untuk mencetak segala transaksi pembayaran tol, korang hanya perlu klik pada ikon PDF 'Export to'.

Senang bukan? Lepas ni kalau nak buat 'mileage claim' dekat company korang, tak perlu bersusah payah nak minta resit dekat kaunter toll. Sentuh dan jalan. Balik ofis nanti baru print semua transaksi pembayaran tol. Harap tutorial kali ini dapat bantu korang. Jangan lupa share ye. full-width

14 Comments

avatar

Aikk.. nape tak pernah tahu ni.. ni baru tau.. haiss..

Lea follow sini.. :)

avatar

Rasa macam pernah guna sekali haha. tapi tak tahu pula boleh tengok transaksi kita. Thanks for the sharing! :)

avatar

Kalau guna mykad & tak ada resit macam mana ye nak buat semakan online transaction? apa maklumat kita nak isi pada column device no/card no tu

avatar

Setakat ni kalau topup di 7 Eleven or mane2 stesen minyak boleh rujuk pada resit yang diorang bagi. Ada manufacturing number dekat situ. Guna no tu untuk daftar.

avatar

Terima kasih,selesai masalah saya.

avatar

Sama-sama Amir. Jangan lupa share kawan2 pasal ni.

avatar
Ahmad Rizan Bin Sulaiman 9 Julai 2019 11:55 PTG

BEST

avatar
Mohd Nazli Bin Sharif 28 Julai 2019 7:10 PG

https://media0.giphy.com/media/lfmYxOkGpNtEk/giphy.gif

avatar
Mohd Nazli Bin Sharif 28 Julai 2019 7:10 PG

So simple and easy

avatar
Mohd Nazli Bin Sharif 28 Julai 2019 7:11 PG

Best

avatar

Kalau xde resit topup tng kat mykad, camna?

avatar

Pastikan semasa topup MyKad minta resit. Dalam resit tu ada manufacturing card.

avatar

Resit kena minta kalau topup kat stesen minyak or 7eleven. Dalam resit tersebut ada manufacturing card no.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Click to comment