Ramai Yang Tidak Ambil Berat Tentang Penjagaan Rantai Motorsikal


Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan.

Setelah hampir tiga (3) tahun ulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 1000km seminggu, banyak yang aku belajar daripada bagaimana untuk mengekalkan hayat motorsikal dan juga menjimatkan kos selenggara komponen motorsikal.

Sebagai seorang penunggang motorsikal yang menempuh perjalanan sejauh itu, bukan hanya minyak enjin perlu ditukar, tekanan angin tayar perlu dijaga malah rantai juga adalah salah satu komponen motorsikal yang perlu diambil berat untuk diselenggara.

Banyak kejadian yang aku lihat di lebuh raya dimana ada sesetengah pengguna motorsikal terpaksa berhenti di tepi jalan akibat dari rantai yang putus akibat kendur. Aku juga pernah mengalaminya apabila rantai putus semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Puncanya ialah rantai terlalu kendur.

$ads={1}

Jenis Rantai - Rantai Biasa, Rantai O-Ring dan Rantai X-Ring
Rantai motorsikal yang terdapat dipasaran ada beberapa jenis. Biasanya bagi para "kaki motor" ada tiga jenis utama rantai iaitu rantai biasa, rantai O-Ring, dan rantai X-Ring. Kebiasaanya yang digunakan pada motorsikal ialah rantai biasa. Harganya lebih murah berbanding dengan rantai O-Ring dan X-Ring.

Rantai biasa ni jangka hayat penggunaannya agak terhad. Jika korang travel jauh macam aku tidak digalakkan untuk guna. Kenapa? Kerana rantai biasa ini akan cepat kendur setelah beberapa ratus kilometer penggunaan.

Melihat pada situasi aku dulu, selepas sahaja 500km perjalanan ditempuh, aku perlu mengetatkan kembali rantai. Selepas itu, setiap minggu perkara yang sama perlu dilakukan.

Setelah mengikuti nasihat mekanik bengkel, mereka menyarankan aku untuk tukar kepada rantai 'heavy duty' iaitu rantai O-Ring. Satu rantai sahaja kosnya dalam lingkungan RM 120 dan ke atas. Bergantung pada saiz rantai (415, 428 dlln) dan juga brand rantai.


Tips Penjagaan Rantai Motorsikal

Setelah hampir 40,000km perjalanan, rantai O-Ring yang aku gunakannya pada Julai 2018 sehingga kini masih lagi dalam keadaan yang baik. Ajaibnya, aku tidak perlu risau rantai kendur dan tidak perlu lagi mengetatkan rantai setiap minggu.

Bagaimana nak tahu rantai itu elok atau tidak, lihat saja pada keadaan rantai dan bunyi yang dikeluarkan. Pin pada rantai akan keras dan mengeluarkan bunyi "krik...krik...krikk". Dah dengar bunyi macam tu, silalah ke kedai berdekatan untuk tukar.

Sebelum ini dengan rantai biasa, setiap dua (2) bulan rantai perlu aku tukar. Bayangkan kos nya lagi. Bukan sahaja rantai, sprocket depan dan belakang juga perlu ditukar.

Tips Penjagaan Rantai Motorsikal

Kalau beli rantai mahal-mahal kalau tak dijaga pun tak guna juga. Rantai perlu dicuci dan dibasahkan dengan minyak rantai.

Setiap rantai akan dibekalkan dengan arahan dikotak seperti gambar dibawah. Sebagai contoh, rantain O-Ring yang aku guna sekarang perlu dicuci setiap 500km perjalanan. Aduh leceh juga nak kira jarak perjalanan ni. Kalau meter digital senang juga nak tengok.


Tips Penjagaan Rantai Motorsikal

Jangan risau. Kalau korang rasa-rasa rantai dah terlalu kotor dan ada pasir yang melekat cepat-cepatlah cuci bagi bersih. Nak basuh pakai sabun pun boleh nak pakai 'degreaser' khas untuk rantai pun boleh. Korang cari je dekat Lazada or Shoppe atau pun dimana-mana kedai motor yang terdekat. Banyak dah sekarang dijual di pasaran.

Tips Penjagaan Rantai Motorsikal

Dah setel sental kotoran pada rantai dan sprocket. Jangan lupa pula gunakan 'chain lube' yang dikhaskan untuk rantai. Chain lube ni berupaya untuk mengekalkan jangkat hayat rantai motorsikal korang.


Untuk maklumat lanjut berkenaan tentang jenis rantai dan cara penjagaannya, korang boleh rujuk video dibawah hasil perkongsian motor vlogger Malaysia iaitu Roka Roki.

Akhirnya sekali, jagalah rantai motorsikal korang untuk dapat lebih kilometer dan memanjangkan hayat rantai motorsikal korang.


Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama