Temuramah antara Robert E. Kelly bersama BBC News telah viral. Video temuramah seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Korea Selatan telah menjadi viral ketika anak beliau tiba-tiba masuk ke dalam bilik dan mengganggu sesi temuramahnya.
Selepas video temuramah tersebut menjadi viral, banyak parodi-parodi lucu yang telah dibuat seakan-akan video asal. Baru-baru ini saja, 'Jono and Ben Comedy Show' telah membuat video parodi yang sama tapi berbeza dari segi watak.
Video ini memperlihatkan seorang wanita, Kate Wordsworth ditemurah oleh BBC dan bagaimana beliau menangani situasi yang sama dihadapi oleh Robert E. Kelly. Berbezanya kali ini ialah beliau sempat memberi susu kepada anak, mencuci tandas, seterika baju dan juga mematikan bom sambil ditemuramah.
3 Ulasan
ya...lawak sangat tu
BalasPadamfemes betul parody ni
BalasPadamVersion Darth Vader dah tgk tak? Tu pun tak kurang bestnya.
BalasPadamSekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.
© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017