Petronas Gift Card - Tak Perlu Tunai Untuk Isi Minyak Guna Kad Pun Boleh

- 8/21/2017

Dalam kepala hari-hari terfikir bagaimana caranya kalau boleh tak nak terusik minyak motor bulanan untuk pergi ke tempat kerja. Selalu selepas dapat gaji terus keluarkan RM 240.00 dah simpan dalam dompet. Bukannya apa malas nanti nak dua tiga kali pergi ke bank disebabkan nak isi minyak motor punya hal. Tetapi bila dah tengok ada duit dalam dompet mulalah nak belanja ke tempat lain. Memang tak boleh ada wang tunai dalam dompet.

Jadi macam mana nak mengelakkan daripada duit minyak motor daripada terguna ke tempat lain. Iaitu dengan cara tukarkan duit kepada bentuk kad. Kad debit pun boleh guna. Tapi risau pula kad cepat rosak dan besar kemungkinan kalau tak dijaga betul, hilang pula. Lebih baik kau duduk diam-diam dalam dompet. Hujung bulan baru guna.

Petronas Gift Card Penyelesai Masalah

Dapat tahu daripada seorang sahabat ni dia dapat satu kad petronas iaitu Petronas Gift Card yang mana kad boleh digunakan untuk membuat pembayaran minyak motor tanpa perlu beratur panjang (kalau tak peak hour lah) lagi. Bukan itu saja, dengan kad tersebut korang juga boleh membuat pembelian di dalam kedai stesen Petronas.


Petronas Gift Card ini boleh didapati dimana-mana stesen Petronas yang terpilih. Harga? Aku tak berapa pasti sebab aku dapatkannya daripada seorang kenalan yang bekerja di stesen Petronas. Beliau memberikannya secara percuma dan dia tidak beritahu harga sebenar. Korang yang inginkannya boleh cuba bertanya di kaunter stesen minyak Petronas.

Kad ini fungsinya sama sahaja dengan kad Touch N Go. Cuma perlu topup minimum RM 10.00 sahaja dimana-mana stesen minyak Petronas korang dah boleh gunakannya. Perlu di ingat, selepas topup sejumlah wang ke dalam Petronas Gift Card, ianya tidak boleh ditukarkan kembali dalam bentuk wang.

Baca juga: MyKad Pengganti Touch N Go - Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online


Kekurangan Yang Ada Pada Petronas Gift Card

Apa yang pasti Petronas Gift Card ini terdapat banyak kekurangan dari segi keselamatan dan lain-lain seperti:


  • Tiada Nombor PIN pengesahan apabila transaksi dijalankan. Bahaya jika terjatuh ditangan pihak tidak bertanggungjawab. 
  • Kad yang hilang berserta jumlah yang wang di dalamnya tidak boleh dikembalikan.
  • Baki hanya boleh diperiksa melalui kaunter stesen minyak Petronas dan juga ditalian Mesralink.
  • Jika pembatalan dibuat, nilai wang di dalam kad tersebut tidak boleh dikembalikan. 

Pada mereka yang menggunakan Petronas Gift Card, simpanlah kad tersebut di tempat yang selamat. Dan jika perlu, jangan sesekali tambah nilai dengan nilai yang sangat besar. Jika hilang nilai tersebut tidak boleh dikembalikan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petronas Gift Card sila layari pautan - PETRONAS Gift Card ini.
Advertisement

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search