4 Sebab Kenapa Pelan Internet Webe Mobile Tidak Berbaloi


Webe adalah penjenamaan semula syarikat telekomunikasi Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai P1 setelah di ambil alih oleh Telekom Malaysia. Terdapat dua pakej yang di tawarkan oleh pihak Webe iaitu Webe Mobile dan Webe Broadband. 

Webe Mobile menawarkan pakej pasca bayar (postpaid) internet tanpa had (tiada batasan kuota internet), panggilan dan SMS percuma dengan harga serendah RM 79 sebulan. Yang lebih menarik lagi, pakej ini ditawarkan tanpa ada sebarang kontrak. Korang boleh suka hati untuk 'terminate' pelan sedia ada tanpa dikenakan sebarang bayaran. Manakala Webe Broadband pula ditawarkan dengan harga RM 59 sebulan dan mempunyai had data sehingga 30 GB.

Bersempena dengan 'Belanjawan 2017', pelanggan sedia ada Unifi dan Streamyx telah menerima kejutan iaitu bagi pengguna sedia ada Unifi mereka dapat menikmati naik taraf had laju Unifi secara percuma. Bagi pengguna Streamyx pula, kebanyakannya akan menerima kejutan dengan penawaran internet Webe dengan harga RM 79 dan pemotongan RM 10 bil semasa Streamyx.



4 Sebab Kenapa Pelan Internet Webe Mobile Tidak Berbaloi

Minggu lepas aku ada menerima panggilan daripada pihak Webe (atau Telekom Malaysia) berkenaan dengan pelan internet Webe Mobile. Setelah diterangkan satu per satu berkenaan dengan Webe Mobile, aku telah menolak untuk menukar pelan internet sedia ada kepada Webe Mobile kerana beberapa sebab yang munasabah dan dirasakan tidak berbaloi untuk aku gunakan buat masa sekarang. 

Apa yang aku ingin kongsikan bukanlah berdasarkan pengalaman penggunaan Webe Mobile. Cuma apa yang aku rasa tidak berbaloi untuk digunakan ialah kerana kekangan-kekangan tertentu yang aku rasakan memang tepat untuk aku menolak tawaran daripada mereka walaupun pakej yang ditawarkan memang sangat berbaloi. Jadi aku ingin kongsikan 4 sebab kenapa pelan internet Webe Mobile tidak berbaloi untuk dimiliki buat masa sekarang.

1. Liputan 4G Tidak Meluas

Berdasarkan maklumat di laman web Webe, liputan Webe hanya merangkumi 90% sahaja dan tidak ke semua kawasan akan mempunyai liputan 4G. Setelah cuba dan lihat liputan di kawasan tempat tinggal aku, tiada liputan 4G ditawarkan hanya 3G sahaja. Jika nak dibandingkan dengan pelan internet mobile yang aku gunakan sekarang 100% mempunyai liputan 4G. Siapa yang tidak inginkan internet yang laju giler. Sudah semestinya aku inginkannya. 

Liputan 4G Tidak Meluas

Kawasan tempat tinggal aku agak ke dalam sedikit (ulu sikit). Mungkin Webe boleh perluaskan lagi liputan 4G masa akan datang.

2. Bajet Internet Hanya RM 160 Sebulan

Mengikut belanjawan yang sudah aku sediakan sebelum ini, aku menyediakan hanya RM 160 sebulan untuk bajet internet sahaja. Ini termasuklah internet dirumah dan internet mobile. Jika ditambah bajet internet yang ada sekarang memang cukup-cukup dengan bajet sedia ada.

Jika aku tukar pelan internet mobile sedia ada kepada Webe Mobile, aku perlu membayar sebanyak RM 207.25 dan terlebih RM 49 daripada bajet asal.Ini membuatkan pelan perbelajaan untuk internet sudah melebihi had. Maka perancangan kewangan aku tidak efisien.


3. Bukan 'Hardcore' Dalam Penggunaan Internet Mobile

Masa sekarang aku menggunakan pelan pre-paid internet mobile yang memerlukan aku membayar RM 30 sebulan. Dengan RM 30 sebulan, kuota internet yang diberi ialah 7.5 GB. Lain-lain pula, untuk melihat video Youtube diberi kuota berlainan iaitu 2.5 GB. Streaming muzik pula tiada had kuota.

Bukan 'Hardcore' Dalam Penggunaan Internet Mobile

Bagi aku yang bukan pengguna 'hardcore' dalam penggunaan internet mobile, dengan kuota 7.5 GB sebulan sebenarnya sudah lebih dari cukup. Sehinggakan setiap bulan aku membazir sehingga 3 GB tanpa diguna. Kira tak 'full utilize' pelan internet sedia ada. Mungkin ada perancangan untuk 'downgrade' pelan internet mobile sedia ada kepada RM 20 sebulan. Antara sebab lain internet mobile tidak dgunakan sepenuhnya ialah aku akan menggunakan akan matikan mobile internet dan guna wifi Streamyx apabila berada dirumah. 

4. Internet Tethering/Hotspot Perlu Dibayar

Seperti tertera dalam laman web Webe, pengguna pelan internet Webe mempunyai limitasi dalam pengunaan Wifi hotspot/tethering. Jika ingin juga menggunakan hotspot, pengguna Webe internet perlu membeli dan membayar 'Personal WiFi pass' bernilai RM 6.36 (temasuk 6% GST) hanya untuk dua jam penggunaan hotspot/tethering. Selepas dua selepas itu, pengguna perlu membeli dari Self-Care. Selain itu, 'Personal Wifi Pass' ini hanya terhad kepada 5 peranti sahaja.

Internet Tethering/Hotspot Perlu Dibayar

Walaupun pelan Webe Mobile yang ditawarkan agak baik tetapi terdapat juga kekurangan. Yang pasti setiap apa jua pelan internet mobile yang ada di Malaysia mempunyai 'Pro & Contra'. Itulah antara 4 sebab mengapa aku perlu menolak dari menggunakan pelan internet Webe Mobile buat masa sekarang. Mungkin pihak Webe Mobile boleh buat penambahbaikan lagi dari segi servis dan perkhidmatan mereka masa akan datang.

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. semoga webe akan ambil perhatian

    BalasPadam
  2. Maybe Webe ada target tertentu buat masa skrg. Yups, harap webe boleh bagi lagi kejutan2 yang bakal menggoda rakyat Malaysia. ehehe

    BalasPadam
  3. sebenarnya ramai jgk yg guna webe ni.. mungkin sebab promosi mrk yg rancak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yups, kawan saya pun ada juga pakai. Ramai jugala. Promosi Webe ni memang rancak dan menggoda sungguh.

      Padam
  4. penggunaan data saya sebulan 20G ...itupun tidak cukup jika ahli keluarga layan youtube

    BalasPadam
  5. terima kasih atas entry ni,baru plan nak tukar data entry,sebenarnya dulu saya pakai data maxs utk handphone bill dekat 200 lebih sebulan ye lah ada 3 subline dan beli hp sekali,dua tahun merana sebab 5gb je,then habis kontrak sy nak tukar ke celcom plan 98 sebulan,tuptup maxis call bagi offer harga yang sama untuk 30gb.oklah sya layan dulu untuk 4 bulan offer dia ni...masalah saya,saya plan nak tukar webe orang ckp lebih murah kan..hemm kat rumah saya ni rumah baru,dah lah xde maxis fibre dengan unify,susahnyanya lah register internet masuk rumah,sudahnya sy hanya gunakan hotspot dari hp..wuarghh skrg ni macam tu je lah bila nak online di laptop...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Webe ni bagus tapi itulah nak share agak susah sikit sebab ada cas utk buat hotspot.

      Padam
  6. WEBE kalau lewat bayar kena charge rm20 dalam bil.itu kelemahan ketera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lewat bayar tu berapa lama ea ?

      Padam
  7. webe aku kelajuan xlps 1 mbps...heran plak aku dibuatnya..dok tgk video2 org lain walaupown h+ je kelajuan diorang boleh pergi 8-10 mbps...

    BalasPadam
  8. Nak tanya..webee ni boleh terima tak yg 5 digit sms yg di hantar?

    BalasPadam
  9. Itu saya tak berapa pasti. Sbb saya bukannya pengguna Webe.

    BalasPadam
  10. Nasib baik aku tak tukar pakai webe. Sbb kawan aku pun share problem yang sama. Hahaha. Nasib aku pakai celcom. So far celcom punya plan more better lah . SIap dapat 100GB lagi. Hanya bayar sratus lebih je. Huhu. Promo dia pun banyak. Hehe.

    BalasPadam
  11. Problem webe yang paling main pasal tethering/hotspot tu la, sbb nk buat kerja mostly pakai laptop jugak

    BalasPadam
  12. Umobile punya plan postpaid baru pun lagi power, takde masalah hotspot/tethering mcm webe

    BalasPadam
  13. Umobile boleh tahan la. Saye old user Umobile. Lame punye plan tak best sangat. Ingat nak tukar plan baru atau tukar telco laen. Mana satu better?

    BalasPadam
  14. Celcom mmg best ah. Cumanya coverage mmg low quality sikit haha. Tapi dengar Celcom ada promo cashback rebate something camtu. Tapi I pun tak sure macam mana tu..

    BalasPadam
  15. Kalau takde problem dgn coverage umobile better stay and upgrade plan, plan prepaid dia rm36 dah boleh dpt 7.5gb, unlimited social media dgn music stream, 7.5gb video stream. kalau postpaid pulak rm79 dah boleh dpt 20gb data dgn unlimited music & video stream

    BalasPadam
  16. adik i pkai telco u jugak,ada jgak prob line slow,sesetgh tmpt nk dpt line pon susah..opis dia pon kena pkai wifi je sbb mmg xde coverage,.webe xsure,tp x recommended kot.

    BalasPadam
  17. diorg tgh ada buat network coverage kn.dgr ada gtaw sbb nk upgrade coverage.telco c ni mmg sllu bg offer,tp berbaloi ke x tu xtaw la..sllu plan plg mhal bru la dpt mcm2

    BalasPadam
  18. promo apa tu? tak pernah dgr pun...

    BalasPadam
  19. Bro better u take celcom, for xpax prepaid got free 10+10gb fb and insta, and only RM10 you can get a xpax prepaid card, also rebate RM5 when you purchase on playstore, more worth!

    BalasPadam
  20. webe mcm mahal sikit. tapi celcom sye tak pernah pakai pun~ nak tanya line tu ok tak?

    BalasPadam
  21. rebate 5 ringgit je apa la sangat. 10+10gb banyak2 tak guna bazir je.. coverage?? dengar cite celcom coverage teruk. hmmm...

    BalasPadam
  22. rm10 10+10gb kottt.. rebate rm5 jadi sama mcm rm5 10+10gb.. mana nak dapat murah camtu?? i pakai celcom memang coverage teruk. tapi tu cite 2 taun lepas ahh.. skrg ni dah caya coverage dia,

    BalasPadam
  23. mmg ade cashback rebate tu. dia rebate 5rgt klau buat purchase apps gne direct billing w/o credit card lebih kurang camtu la. cun la bole dpt balik 5rgt. haha

    BalasPadam
  24. line celcom antara yg terpower la kat malaysia, coverage dia luas

    BalasPadam
  25. banyak tapi murah la bagus, siap bagi rebate takkan la taknak haha

    BalasPadam
  26. Skrg ni still guna Umobile prepaid plan RM30 sebulan and setiap bulan mesti 3 ~ 4 gb data tak habis guna. Tapi lately, umobile agak slow kalau kat kawasan bandar besar.

    BalasPadam
  27. I pun rasa nak tukar telco tu, tapi tak tahu mana yg best

    BalasPadam
  28. Guna umobile dah 4 bulan nak tukar skrg
    Tapi I ambil prepaid je

    BalasPadam
  29. Kalau mahu lagi jimat boleh menimbang xpax lah, kalau hanya layari fb dan insta tak yah beli internet plan. Tapi xpax internet pelan pun murah je, RM30 dah dpt 5gb sebulan !

    BalasPadam
  30. I pakai celcom ok kot. Lepas tu skang dengan promo boleh dapat rm5 rebate. Best kot promo ni. So takyah risau lah takde duit bila nak beli apps kat google store. Line dia pun laju. Huhu

    BalasPadam
  31. Plan dia memang murah. Kau taukan celcom and xpax ada promo. Dapat rebate sampai rm5. Contoh kau beli apps tu harga rm10. Lepas tu kau dapat rm5 dari celcom balik. Untung kan. Haha

    BalasPadam
  32. Sbb tu kau kena tukar ke celcom. So far celcom more better than others lah. Aku guna celcom line ok. Lepas tu dapat promo dia lagi. Gentle best. Hehehe

    BalasPadam
  33. Muhd Syazwan Mohd Yusof8 Mac 2018 7:50 PTG

    celcom ada hidden charge tak ?

    BalasPadam

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017