Pelajar Cemerlang SPM 2016 Dikecam Oleh Netizan Dan Kaitannya Dengan 'Tall Poppy Sindrome'

Pelajar Cemerlang SPM 2016 Dikecam Oleh Netizan Dan Kaitannya Dengan 'Tall Poppy Sindrome'

Kebebasan bersuara yang ada sekarang memang sudah tak terbendung lagi. Netizen boleh berkata apa saja di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain tanpa segan silu. Bukan itu saja, media sosial dijadikan tempat untuk viralkan sesuatu dan mengecam orang lain. Kalau yang diviralkan itu adalah perkara baik, sudah tentulah ianya sangat bagus.

Kejadian baru-baru ini, aku ada terbaca dan lihat gelagat segelintir masyarakat kita yang mudah melatah dan mengecam orang lain di laman sosial. Kejadian yang aku maksudkan ialah kejadian di mana seorang pelajar cemerlang SPM 2016 yang belajar di Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan dikecam teruk netizen hanya kerana penampilan 'make-up' beliau. Aku tak nampak apa yang salah disitu sehinggalah perkara ni viral dek kerana kecetekan akal netizen yang mengecam.


Aku dulu pun zaman nak ambil keputusan SPM di sekolah mestilah nak bergaya sakan. Inilah masanya nak menggayakan pakaian selain dari baju sekolah. Setiap orang mempunyai citarasa tertentu nak bergaya. Lelaki dengan gaya macho, perempuan pula sudah semestinya nak 'lawa-lawa'.

Kisah Pelajar Cemerlang SPM 2016 Dikecam Oleh Netizan Dan Kaitan Dengan 'Tall Poppy Sindrome'

Berdasarkan hasil nukilan dan tulisan Noor Afidah Abu Bakar (Certified Positive Parenting Educator - Parent Practice UK), kes ini ada kaitan dengan 'Tall Poppy Sindrome' yang telah wujud dan sering diperkatakan di Australia. Kes sebegini telah memaksa Natasha Qisty menutup akaun media sosialnya setelah menjadi mangsa buli siber.

Apakah itu 'Tall Poppy Sindrome'?

'Tall Poppy Sindrome' adalah 'slang' yang digunakan oleh rakyat Australia yang merujuk kepada orang yang berjaya. Sindrom ini juga dikenali sebagai 'The Politic of Envy' yang berkaitan dengan psikologi dan tingkah laku manusia yang tidak boleh melihat orang lain berjaya daripadanya dan sentiasa berasa tidak senang hati melihat adanya 'Tall Poppies'. Orang yang berjaya dipelekehkan dan dibuli dengan kecaman-kecaman yang tidak berasas dan tidak ada kena mengena dengan kejayaan yang mereka capai.

Masalah Pengidap 'Tall Poppy Sindrom'

Menurut kajian yang dibuat di Flinders University of South Australia dan diterbitkan oleh Australian Journal of Psychology pada tahun 1989, mereka yang mengalami 'Tall Poppy Sindrome' ini terdiri daripada mereka yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi pada aspek kejayaan tersebut. Dalam konteks ini, mereka yang membuli Natasha Qisty tidak menjadikan akademik sebagai prioriti mereka sebelum ini.

Dalam kajian tersebut juga didapati 'Tall Poppy Sindrome' ini banyak dihadapi oleh mereka yang mempunyai percaya diri (self esteem) yang rendah. Mereka merasa inferior. Percaya diri yang rendah boleh berlaku apabila kayu ukur yang digunakan untuk mengukur kelebihan seseorang adalah terlampau sempit. Ia bermula apabila orang dewasa hanya memfokuskan pada kelemahan anak, dan menghukum kelemahan tanpa mempunyai inisiatif dan keinginan untuk melihat pada kelebihan seseorang anak itu. Individu ini akan membesar sebagai seorang yang akan meneruskan tradisi yang sama.

Mereka mencapai kepuasan dengan merendah-rendahkan orang lain supaya 'tall poppy' ini berdiri sama rendah dengan mereka. Kelakuan yang sebegini akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih merasa puas jika dapat menyebarkannya kepada orang lain.
Mereka yang mempunyai percaya diri yang tinggi dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki selalunya terhindar dari menghidap 'Tall Poppy Sindrome' ini.

Cara Untuk Atasi 'Tall Poppy Sindrome'

Noor Afidah turut berkongsi bagaimana untuk mengatasi sindrom yang menjadi ikutan para netizen kini. Antaranya ialah

  1. Latihlah diri kita sebagai orang dewasa untuk melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang anak dan pelajar supaya mereka juga berupaya untuk melihat kelebihan dan kejayaan orang lain tanpa iri. Allah itu Maha Adil, setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Cari kelebihan tersebut, raikan kelebihan tersebut dan gunakan kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengatasi apa saja kelemahan yang mungkin mereka miliki kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Jangan menggunakan kelemahan seorang anak untuk menidakkan kelebihan mereka.
  2. Latihlah anak-anak untuk mengagumi dan meraikan kelebihan rakan-rakan dan percaya bahawa mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  3. Bimbinglah juga anak-anak supaya menjadi seorang yang berhemah dan bertanggungjawab di alam siber.

Jadi jangalah kita menjadikan budaya tidak sihat ini sebati dengan diri. Cuba kawal dan berfikir secara rasional. Kecam dan cemuh bukanlah cara yang paling baik untuk memuaskan hati korang dengan merendah-rendahkan orang lain. Cegah adalah lebih baik daripada merubat. Jangan jadikan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk menidakkan kejayaan orang lain. 

6 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Menarik. First time dengar tall poppy syndrome ni. Thanks for the sharing. Tapi memang tak puas hati bila orang pilih utk fokus kepada penampilan dia instead of what she has achieved. Zaman dah berubah kot. Kemon lah.

    BalasPadam
  2. Ilmu baru buat Mrs. A 'Tall Poppy Syndrome' nice sharing.
    Netizen suka viral yang negatif daripada positif :-(

    BalasPadam
  3. Mungkin pengidap tall poppy sindrome ni memerlukan perhatian.

    BalasPadam
  4. Yups, syed. Ini yg kita tahu. Mungkin ada lg byk kes yg kita tak tahu.

    BalasPadam
  5. hemmm.kesian juga budak tu,mentaliti netizen yang begini memang sebenarnya jeles tak bertempat,,geram!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama