Inspirasi Kisah Cinta Antara Uzumaki Naruto Dan Hyuuga Hinata

- Mac 25, 2017
Inspirasi Kisah Cinta Antara Uzumaki Naruto Dan Hyuuga Hinata

Antara anime Jepun yang terawal aku minat ialah Dragon Ball Z (tak layan sangat Dragon Ball GT - sebab mengarut jalan ceritanya). Selepas episod terakhir Dragon Ball Z, aku terus stop dari tengok anime Jepun dan tak lama kemudian selepas itu, aku diperkenalkan oleh seorang kawan yang meminati anime Naruto. Perjalanan cerita anime Naruto memang sangat menarik dan penuh dengan liku-liku. Sejak dari itu aku mula menanam minat untuk mengikuti satu per satu episod anime Naruto.

Jalan cerita Naruto berlatar belakang mengenai sebuah kampung ninja iaitu Konoha. Naruto membesar tanpa kedua ibu bapanya akibat dari peperangan ninja kampung Konoha dengan raksasa yang diberi nama Kuruma (Musang berekor sembilan). Perang tersebut telah mengorbankan nyawa ibu bapa Naruto.

Selain dari aksi-aksi pertarungan ninja, anime Naruto mempunyai banyak kisah pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripanya. Sebagai contoh, sifat keazaman yang tinggi yang ditunjukkan Naruto. Walaupun dianggap 'kurang bijak' dan tidak mempunyai sifat ninja semulajadi, dia tetap berusaha untuk capai satu tahap yang mana dia pun boleh menjadi seorang ninja yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Naruto mempunyai satu impian iaitu ingin menjadi Hokage di Konoha.

Inspirasi Kisah Cinta Antara Uzumaki Naruto Dan Hyuuga Hinata

Ura-ura mengatakan anime Naruto akan ditamatkan pada episod ke-700. Episod akhir ini memaparkan cinta antara Naruto dan Hinata yang diakhiri dengan perkahwinan. Ingat cerita Naruto semuanya aksi-aksi pertarungan je ke. Ada love story juga tau.

Jika korang mengikuti perjalan cerita Naruto, dari awal penceritaan boleh lihat sebenarnya Naruto lebih suka dan meminati Sakura berbanding Hinata. Dari kecil sampailah dia remaja, Naruto tak putus-putus untuk menunjukkan rasa suka dan cinta kepada Sakura. So, macam mana boleh kahwin dengan Hinata.

Macam mana boleh berputiknya rasa cinta Naruto kepada Hinata. Itu kena tengok Naruto The Movie : The Last. Dari situlah timbulnya perasaan cinta Naruto kepada Hinata. Korang yang tak tengok lagi memang rugi. Memang feel tu menusup dalam diri.

Zamir Mohyedin melalui akaun Facebook nya turut berkongsi kisah cinta antara Naruto dan Hinata. Kisah cinta ini sebagaimana penceritaan daripada beliau, boleh dijadikan inspirasi kepada netizen dan juga masyarakat sekarang.


Cinta Naruto dan Hinata

Selepas aku tulis pasal kesimpulan dan tema teras komik 'Naruto', adalah juga orang komen-komen 'Naruto lebih baik daripada drama TV3 pukul 7'. Selalunya 'drama' yang dimaksudkan berkenaan 'cintan-cintun'.

Dalam 'Naruto' pun ada 'cintan-cintun' juga. Naruto dan Hinata. Sasuke dan Sakura. Shikamaru dan Temari. Sai dan Ino. Minato dan Kushina.

Cinta paling kuat diberikan perhatian adalah antara Naruto dan Hinata. Aku boleh kata filemnya 'Naruto: The Last' seperti jelas mengisahkan cinta antara Naruto dan Hinata. Bukan fokus pada misi ataupun pergelutan kelurga nenek-moyang keluarga Hyuga sangat pun.

Cinta yang dibawa oleh mereka bukan sekadar cinta ucapan 'saya sayang awak'. Bukan benda-benda 'awak okey?'. Bukan berkisar cemburu-cemburu. Bukan juga berkisar cinta monyet seperti Sakura dan Sasuke. Juga bukan cinta seperti yang dibawa oleh pasangan lain dalam kalangan kawan-kawan Naruto. Bukan cium-cium. Bukan sanjung-sanjung buta.

Hinata menyajikan kepada kita tentang kelengkapan. Orang selalu kata cinta tak perlu masing-masing sempurna, tetapi melengkapi antara satu sama lain.

Semasa kanak-kanak, Hinata tidak mempunyai keyakinan (confident) dan selalu ragu dengan kebolehan dirinya. Beban ini ditambah lagi apabila dia bakal menjadi pewaris keluarga utama Hyuga. Ditambah-tambah lagi dengan kebolehan Hyuga Hanabi, adiknya yang digemari oleh ayah mereka.

Hinata menyanjungi Naruto kerana Naruto mempunyai apa yang Hinata tak ada. Di sinilah perasaan cintanya pada Naruto mula berputik.

Naruto mempunyai beban yang kuat. Dibenci oleh masyarakat. Disisihkan sebab sumpahan. Dianggap pelajar tercorot. Tapi beban ini hanyut dengan sikap Naruto yang berkeyakinan tinggi dan tak mengalah.

Sikap Naruto ini menjadi suatu bentuk 'kelengkapan' kepada Hinata untuk terus maju ke depan. Hinata mahu dirinya rasa berguna.

Naruto 'mengajar' Hinata sebentuk kepercayaan pada diri sendiri. Hinata pula 'mengajar' Naruto sebentuk kepercayaan pada orang lain sepertimana Hinata percayakan Naruto mampu menjadi Hokage.

Cinta Naruto dan Hinata

Naruto anggap Hinata sebagai kawan dan Naruto pada mulanya sukakan Sakura. Tak tahu apa sebab Naruto sukakan Sakura. Mungkin sebab cantik dan menawan.

Naruto mula jatuh cinta pada Hinata sewaktu dalam filem 'Naruto: The Last'. Naruto mula cintakan Hinata kerana Naruto baru sedar Hinata merupakan manusia paling awal mengiktiraf dan menerima dirinya seadanya sejak kanak-kanak.

Pengiktirafan dan penerimaan adalah apa yang dimahukan oleh Naruto sejak kecilnya. Naruto mahu orang kampung menerimanya walaupun dia disumpah.Itulah apa yang Naruto tiada dalam dirinya.

Hinata memberikan pengiktirafan dan penerimaan tersebut walaupun Naruto tak sedar.

Sejak Naruto jatuh cinta pada Hinata, Naruto menjadi sangat 'protective'.

Cinta Naruto dan Hinata

Sikap 'protective' ini kerana Naruto merasakan Hinata merupakan 'essence' hidupnya.

Hinata pula mahu merasakan dirinya berguna pada Naruto. Walaupun Naruto tidak perlu bergantung pada sesiapa kerana kekuatannya, Naruto memberikan Hinata sebuah perasaan yang dirinya memerlukan Hinata untuk menyelesaikan masalah.

Di sini dah sampai satu proses kefahaman pasangan. Kefahaman ini menjadi asas untuk memenuhi keperluan dan kehendak jiwa pasangan.

Walaupun Naruto telah menerima pengiktirafan dan penerimaan daripada orang kampung, keperluan emosi itu tak sama daripada pengiktirafan daripada Hinata.

Begitulah juga Hinata. Walaupun sudah diperakui berguna dan yakin dalam kalangan keluarga dan kawan sepasukan, dia mahukan juga bentuk keperluan emosi daripada Naruto yang merasakan dirinya berguna.

Aku tak ingat ada orang kata, kalau nak cari pasangan, carilah pasangan yang dapat memenuhi kekurangan kita. Kalau kita kurang yakin, carilah orang yang yakin. Kalau kita selalu memboros, carilah orang yang berjimat. Kalau kita pandai fizik, carilah orang yang pandai biologi.

Kalau kita jenis murung, carilah yang selalu ceria. Kalau kita seorang panas baran, carilah yang sentiasa tenang dan tak marah. Ia dapat memenui keperluan emosi, keperluan intelektual dan keperluan jasad.

SUMBER: CINTA NARUTO DAN SAKURA
Advertisement

2 Komen

avatar

kisah cinta yang sebenar ialah saling mendekatkan diri kepada sang pencipta...Allah SWT

avatar

Itu saya sangat setuju.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search