Awal minggu lepas bersempena dengan 'Lazada Birthday Sale', pihak Lazada Malaysia telah mengadakan contest khas buat para blogger iaitu Lazada Birthday Blogger Contest. Contest tersebut telah berlangsung pada 22 March 2017 sehingga 24 March 2017, memberi peluang para blogger Malaysia untuk turut serta dan memberi penghargaan berbentuk 'shopping voucher' buat mereka yang terpilih.
Lazada Malaysia telah membuat pengumumam dan menyenaraikan 30 orang peserta terpilih melalui laman web mereka. Sekalung tahniah buat pemenang yang telah memenangi 'shopping voucher' daripada Lazada Malaysia. Pememang utama menerima 'shopping voucher' sebanyak RM 800. Manakala pemenang kedua iaitu seramai 12 blogger menerima 'shopping voucher' sebanyak RM 300 dan 17 blogger telah dipilih untuk memenangi tempat ketiga dengan menerima 'shopping voucher' sebanyak RM 150.
Pada mereka yang tidak dipilih sebagai pemenang termasuklah aku sendiri janganlah berasa hampa. Mungkin boleh cuba contest yang lain. Ops! Sekejap, Lazada Malaysia sekali lagi membuat pengumuman dengan mengadakan satu lagi contest iaitu Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers!.
Murah hati betul Lazada Malaysia kali ini. Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest ini telah pun berlangsung pada 27 March 2017. Tarikh tamat penyertaan ialah pada 2 April 2017 pada pukul 11.59 malam.
Seperti biasa, contest ini memerlukan peserta untuk menjawap tiga soalan berdasarkan barangan bayi. Tunggu apa lagi, jom rebut peluang ini. Sebanyak 6 orang blogger akan dipilih secara random dan akan menerima hadiah berupa 'shopping voucher' daripada Lazada Malaysia. Untung jadi blogger ni ye.
Tags:
Info
Tahniah kepada semua pemenang! 😊
ردحذفTahniah syed...
حذفhmm. saya pun kalah
ردحذفBukan rezeki kita kali ni Nik. Terusakan usaha utk next contest.
حذفHehehe takpe kite cuba tahun depan pulak ye.. :)
ردحذفYups, kena tunggu ni.
حذفTahniah kepada semua pemenang.
ردحذفSaya tak sempat masuk. Ada kerja terlepas peluang backlink huhu ..