Cara Aku Tangani Rasa Mengantuk Ketika Menunggang Motorsikal


Jam sudah pun menunjukkan waktu untuk balik. Letih bekerja dan letih travel terlalu jauh membuatkan fikiran sudah pun melayang untuk beradu di atas katil. Tapi aku harus ingat, ada 98 kilometer dan 1 jam 30 minit lagi harus aku tempuh untuk sampai ke rumah.

Bila berada di highway disebelah kanan ternampak golongan manusia dihimpit dalam kesesakan tapi pada masa yang sama kepala dan badan mereka mempunyai sokongan dibelakangnya. Tapi tidak pula bagi aku. Aku pula harus fokus 200% kiri, kanan dan juga depan agar tidak berlakunya sebarang pergeseran dan perlanggaran dengan kenderaan lain.

Semakin jauh perjalanan di atas highway, semakin dekat fikiran aku pada katil. Semakin kuat juga angin-angin membelai muka. Alangkah bahagianya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di iringi dengan asap-asap perkongsian kenderaan ciptaan manusia. Angin pula tersangat nakal, lalu ditariknya kelopak mata ke bawah. Digodanya dengan ilusi-ilusi yang membuat aku hanyut untuk menuju ke tempat beradu.

Opss! Amboi ayat aku. Tak boleh blah langsung. Ok, kita terus tuju ke topik utama kita pada hari ini iaitu bagaimana cara aku tangani rasa mengantuk ketika menunggang motorsikal.

Baca juga: Travel Ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal


Cara Aku Tangani Rasa Mengantuk Ketika Menunggang Motorsikal

Selama hampir 10 bulan aku menunggang motorsikal dari Port Dickson ke Damansara Perdana, sudah dua kali aku hampir tertidur semasa menunggang dan sekali tertidur atas motor. Tertidur atas motor masa tu hampir-hampir nak terlanggar lori di depan. Mujurlah Allah swt sayangkan aku. Terus aku tersedar dan cepat-cepat tarik handle motor ke tepi. Perasan masa tertidur tu, memang rasa macam dah berada atas katil bukan bawa motor lagi.


Kes tertidur atas motor tu, masih lagi terbayang-bayang dalam kepala aku. Syukur alhamdulillah tak jadi apa-apa. Sejak dari kes tu, kalau betul-betul mengantuk sama ada aku kena berhenti tepi jalan atau pun singgah mana-mana RnR yang terdekat. Tapi kalau aku berhenti, bermakna aku kena tempuh pula jalan lama yang agak gelap dan bahaya. So, kalau boleh aku tak nak hari gelap.

Cara yang aku gunakan sekarang tersangatlah berkesan. Sampaikan aku satu hari tu, aku memang mengantuk teruk sangat. Bila dah cuba, terus segar bugar dibuatnya. Tak perlu nak tidur dan tak perlu nak basuh muka (mana nak cari air atas highway kalau tak berhenti dekat RnR). Caranya ialah dengan mendengar muzik.

Motor mana ada speaker macam mana nak dengar muzik. Dengan berbekalkan handphone dan earphone, semuanya bisa diatur. Yups, itulah caranya aku hilangkan rasa mengantuk ketika menunggang motor di atas jalan raya.


Antara salah satu terjadinya punca mengantuk ialah disebabkan oleh rasa bosan bila dah terlalu jauh jarak perjalanan. Itu yang aku rasa bila terpaksa meredah sehingga 98 km untuk sampai ke rumah. So, setiap kali aku terasa mengantuk, aku akan berhenti dan pasang earphone di telinga. Sambil dengar sambil aku menyanyi atas motor. Memang hilang rasa mengantuknya.

Disebabkan aku adalah golongan yang tidak mampu membeli iPhone dengan hanya berbekalkan duit yang ada, aku memilih untuk membeli EarPods daripada Apple Store. Bagusnya EarPods daripada earphone yang ada di pasaran sekarang ialah EarPods mempunyai butang yang berfungsi tukar lagu dan bermacam lagi.

Jadi masa di atas motor, aku tak perlu nak buka phone untuk tukar lagu yang seterusnya kalau rasa tak best untuk didengar. Cuma butang untuk menaikkan dan menurunkan volume tak berfungsi dengan telefon murah Asus aku ni. Tapi tak mengapa, sebab butang volume Asus yang berada di belakang memudahkan aku untuk tekan bila phone berada dalam poket seluar.

Walau pun ini ialah cara yang terbaik yang ada sekarang untuk aku. Tapi ada masanya dengan menyumbat earphone ke dalam telinga ada masanya mengundang bahaya apabila volume terlalu tinggi. Sehinggakan langsung tak dengar dan peka dengan bunyi sekeliling. Tersangatlah bahaya. Jadi kalau ada yang gunakan cara ini, better gunakan volume rendah.

Jadi itu saja yang boleh aku kongsikan hari ini. Pastikan nak dengar muzik jangan layan lagu-lagu yang buatkan korang lagi tambah mengantuk. Cari dan mainkan lagu yang boleh buat korang menyanyi bersama. Kalau ada yang ternampak aku atas highway NKVE, Elite dan juga MEX sambil terhangguk-hangguk, buat-buat tak tahulah yer.

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
    AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway

    BalasPadam
  2. aku klu bawak moto dgq lagu lagi rasa layan nk tidoq. hehehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama