Internet Perlahan - Langganan TM Streamyx 2 Mbps Tidak Selari Dengan Konfigurasi Port

Internet Perlahan - Langganan TM Streamyx 2 Mbps Tidak Selari Dengan Konfigurasi Port

Sejak dua minggu lepas, sambungan internet TM Streamyx dirumah sangatlah perlahan. Tak ada pula ura-ura mengatakan sambungan internet seluruh Malaysia ada masalah. Tapi dah sampai dua minggu perlahan. Tanpa membuang masa aku terus buat speedtest menggunakan Speedtest.net.

Percubaan kali pertama buat speedtest, keputusannya download speed tidak sampai sehingga 2 Mbps. Lebih teruk lagi 2 kali percubaan yang dibuat, download speed berada di bawah 1 Mbps iaitu sekitar 0.88 Mbps. Bermacam cara aku cuba, tutup Wifi, tukar DNS dan restart Modem tapi hasilnya tetap sama.

Internet Perlahan - Langganan TM Streamyx 2 Mbps Tidak Selari Dengan Konfigurasi Port

Masalah Langganan Tidak Selari Dengan Konfigurasi Port

Aku pelik juga sebab pakej yang aku ambil ialah TM Streamyx 2 Mbps bukannya 1 Mbps. Aku terus capai telefon dan telefon 100 iaitu nombor telefon TM Customer Service Centre untuk dapatkan bantuan daripada mereka.

Seperti biasa, mereka akan minta aku off kan modem dan hidupkan semula modem selepas kiraan 30 saat. Aku diminta untuk buat sekali lagi speedtest dan hasilnya tetap sama. Selepas tu, diorang pula cuba buat speedtest. Hasilnya masih lagi tetap sama. Download speed dibawah 1 Mbps!

Aku minta diorang untuk periksa lagi. Agak terkejut bila dengar dari diorang sebenarnya konfigurasi port sebenarnya 1 Mbps bukannya 2 Mbps. Macam mana benda macam ni boleh jadi? Pelik juga rasanya.

Untuk Kedua Kalinya

Buat pengetahuan korang, benda ini sebenarnya sudah dua kali terjadi pada aku. Kali pertama berlaku bila aku upgrade pakej TM Streamyx 1 Mbps ke 2 Mbps. Ini pun hasil dari termakan kata-kata manis abang TM lah.

Seperti yang dijanjikan diorang akan lakukan proses upgrade dalam masa 7 hari waktu bekerja. Jika ada sebarang perubahan mereka akan hubungi aku. Selepas 7 hari berlalu, aku anggap yang proses upgrade ke pakej 2 Mbps dah pun selesai. Tapi tidak, bila aku buat speedtest, kelajuan internet masih lagi di tahap 1 Mbps.

Sehinggalah minggu kedua dan masuk awal bulan, aku tak nampak sebarang perubahan pada kelajuan internet. Aku buat endah tak endah sebab kalau tak upgrade bil bulanan masih lagi sama. Tapi tidak. Esok harinya aku terima invoice dari TM dan cas yang dikenakan ialah cas untuk pakej 2 Mbps.

Internet Perlahan - Langganan TM Streamyx 2 Mbps Tidak Selari Dengan Konfigurasi Port

Seperti biasa, ambil telefon dan call ke 100. Aku cerita satu persatu apa yang jadi. Kemudian bila diorang periksa dalam sistem pakej internet sudah pun di upgrade ke pakej 2 Mbps. Aku cuba dapatkan kepastian balik bila sebenarnya diorang dah ubah ke pakej 2 Mbps sedangkan aku masih lagi menikmati internet 1 Mbps.

Rupa-rupanya hanya dalam sistem diorang saja yang di update bukannya konfigurasi port dikawasan rumah aku. Aku membuat langkah yang tepat juga masa tu. Kalau dibiarkan lama-lama, memang buta-buta aku bayar yang tak sepatutnya.

Diorang janji akan selesaikan masalah ni dalam masa 2 hari waktu bekerja. Dan bagusnya, dalam masa kurang dua hari, masalah konfigurasi port dapat diselesaikan. Bagus TM dan technician tangkas buat kerja.

Apa Yang Perlu Korang Lakukan Jika Perkara Sebegini Berlaku

Apa yang boleh aku katakan, bila benda macam ni terjadi. Jangan cepat naik angin. Cuba fikir secara rasional dan hilangkan rasa geram dan marah dengan menarik nafas panjang. Bila marah jangan sesekali lepaskan rasa geram untuk viralkan masalah ini ke Facebook, Twitter dan sebagainya.

Apa yang perlu korang buat bila rasa internet perlahan ialah:

  1. Tarik nafas panjang-panjang. Bagi yang Muslim, mengucap banyak-banyak dan beristighfar.
  2. Matikan modem/router dan tunggu sehingga 30 saat dan hidupkan semula.
  3. Pergi ke laman web Speedtest.net. Buat tiga kali test dan perhatikan pada download speed.
  4. Telefon ke 100 (TM Customer Service) untuk buat pengaduan dan mereka akan hantar laporan pengaduan melalui pesanan ringkas  kepada korang dan sila simpan nombor laporan tersebut.

Internet Perlahan - Langganan TM Streamyx 2 Mbps Tidak Selari Dengan Konfigurasi Port

Kesimpulannya

Jika korang tak punya pengetahuan atau pengalaman untuk periksa masalah sebegini, terus saja call TM Customer Service Center untuk bantu korang. Kalau pihak TM sendiri lambat buat tindakan cuba dapatkan khidmat kawan-kawan 'tech savvy' yang mahir benda macam ni. Sekurang-kurangnya masalah yang ada dapat diselesaikan dengan cepat.

Lagi satu, kalau pihak TM tak dapat selesaikan masalah dalam masa terdekat korang pula tak dapat gunakan internet dengan sepenuhnya dan terpaksa bayar bil bulanan walaupun tak dapat guna. Cepat-cepat call 100 dan sambungkan ke bahagian 'Bil' untuk dapatkan rebat (tak pasti boleh dapat ke tidak, kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya kan).

8 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Fuh..nasib baik buat semakan semua..kalau tak bayar untuk 2Mbps tapi dapat servis 1Mbps jer..thank you for sharing. kalau ada pengguna yang alami benda sama at least dorang tahu apa nak buat.hihi

    BalasPadam
  2. tapi maki sekejab tak salahkan haha TM tau la kan macam mana. dah marah2 baru terhegeh2

    BalasPadam
  3. baru complain post pasal unifi... nasib baik bro contact dorang untk make sure..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik jugalah perasan. Kalau tak rasanya memang bayar membabi buta je. Tp diorang cepat bertindak juga.

      Padam
  4. penyelesaiannya memang kena kol..mcm aku dulu 8mbps..tapi tak sampai 4mbps pun..sampai 3 kali aku buat report..terus depa bukak 10mbps...smpai skarang ok je..cuma sedih, Unifi je takde masuk lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Unifi still tak sampai lagi dekat kawasan rumah ni.

      Padam
  5. Aku dh kena 4 kali telefon ke 100 dan 4 kali technician mai rumah. Kali ke3 dia mai, dia kata kena panggil kontrak TM buat wiring balik, ini ada harapan kena caj lagi. Dh la internet lambat. Aku tersangat geram ketika itu. Aku nekad tak mau telefon talian 100 lagi, sebaliknya telefon kawan aku kat TM minta tolong dia. Tau apa yg terjadi technician yg sama mai rumah yg suruh aku kontek utk buat wiring semula tu. Padahal dia cuma ubah port shj selesai masalah. Depa ni berpakat dgn kontraktor nak sedut duit pengguna. Dekat sebulan aku tak dapat guna internet hangpa rau berapa dia bagi rebet RM11.00 ja. Bertambah sakit hati aku. Dah fedup dgn streamyx nak tukaq pakai unifi cable pula tak pasang kat tempat aku. Inilah bahana PERSYARIKATAN oleh Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama