Kemaskini iOS 11 Bawa Masalah Pada iPhone 5s


Bermula pada 21 September 2017, pengguna telefon pintar iPhone 5s dan ke atas sudah pun menerima kemaskini iOS 11. Rata-rata pengguna iPhone semuanya teruja dengan kemaskini terkini daripada Apple yang mana terdapat banyak perubahan yang ditambah berbanding versi sebelumnya iaitu iOS 10.3.3.

Adik aku juga seorang pengguna iPhone 5s tidak terkecuali daripada menerima kemaskini iOS 11 semalam. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengemaskini iOS 11 yang berkapasiti sebesar 2.43 GB bukan melalui iTunes. Malangnya kejadian tidak dapat disangka, iPhone 5s dia tiba-tiba kerap 'restart' dengan sendirinya.

Aku cuba buat restore dan update melalui iTunes masih lagi benda yang sama berlaku. iPhone akan 'restart' dengan sendiri dalam lingkungan masa 1 - 2 minit. Puas guna cara yang ditunjukkan oleh sesetengah website tapi masalah tersebut masih lagi jadi. Akhir sekali, aku cuba download IPSW iOS 10.3.3 untuk 'downgrade' ke versi sebelumnya. Hasilnya tetap sama.

Baca juga: Bagaimana Downgrade iOS 11 ke iOS 10.3.3 Menggunakan iTunes


Bawa Ke Kedai Jumpa Pakar 'Repair' iPhone

Hari ini juga dengan gagahnya (dalam keadaan demam dan badan lemah), aku terus ambil adik aku dari sekolah dan terus menuju ke kedai yang pakar dalam hal sebegini. Seperti yang diberitahu oleh juruteknik disitu, berkemungkinan bateri telefon yang bawa masalah. Juruteknik tersebut juga kata, pagi tadi sahaja ada beberapa pelanggan yang datang dan mempunyai masalah lain bila mengemaskini ke iOS 11.



Setelah satu per satu bateri dicuba (buat calibration bateri), masalah yang sama tetap terjadi. Besar kemungkinan ada masalah lain iaitu masalah paling orang tak nak dengan ialah masalah pada 'board' telefon. Kalau dah 'board' rosak, boleh campak dah iPhone tu. Tapi berdasarkan apa yang dicakap oleh juruteknik tersebut, kalau 'board' rosak, mesti ada mesej 'error' yang ditunjukkan masa dia buat proses 'restore' semula di kedai. Tapi tiada sebarang notifikasi atau mesej yang muncul. Kami berdua pulang dengan hampa. Sambil aku tersenyum sebab tak perlu keluarkan duit yang banyak.

Percubaan Kali Terakhir

Aku masih lagi tidak berpuas hati. Selepas turun aku cuba buat 'hard reset' dalam kereta. Cuba punya cuba, aku dapat kenalpasti (walaupun tak tepat) yang setiap kali iPhone menggunakan 'mobile data' dan 'Wifi', phone aku 'restart' sendiri. Kalau tak disambungkan, phone tak menunjukkan sebarang petanda untuk 'restart' sendiri.

Sampai dirumah, aku cuba Google masalah apa yang berlaku sebenarnya. So, aku pun D.I.Y sendiri masalah ini. Cuba buat proses 'restore' macam biasa dan off  'setting' yang mana tidak perlu. Hasilnya, phone dah tak 'restart' dengan sendirinya (buat masa sekarang). Aku pun tak tahu sangat apa yang aku buat sebenarnya. Harap tak jadi lagi. Nanti lagi masam muka budak sekolah tu.

Seperti yang dikatakan oleh juruteknik tadi, pelanggan yang datang banyak mengadu iPhone mereka bermasalah bila 'update' ke iOS 11. Antaranya ialah ada sesetengah iPhone lama yang telah pun membuat gantian skrin (bukan original) mungkin menghadapi masalah 'touch screen' tidak berfungsi. Ada juga sesetengah sistem operasi jadi 'hang' bila digunakan dan banyak lagi. Beliau nasihatkan agar buat kemaskini melalui iTunes.

Nampaknya tak dapatlah aku nak buat review tentang iOS 11. Siapa ada iPhone lebih boleh pinjam tak? Nak buat review. Hahaha

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Abd.Rahman Yahaya2 Oktober 2017 9:48 PTG

    Saya juga guna i pnone 5 s, plan nak tolak saja sebab 16 gb, nasib kawan tak mahu, saya dah guna ios 11.1,setakat ini tiada apa2 masaalah...

    BalasPadam
  2. Oh baguslah macam tu. Sebab ada dengar yang dah update tapi setakat ini tiada lagi masalah. Apple dah roll out update yang terbaru iOS 11.0.2

    BalasPadam
  3. Mcm mne nk baiki bila iphone sering restart....kne update or downgrade ios.?...klau downgrade jdi x?l

    BalasPadam
  4. Kena try and error. Nak downgrade ikut cara kat link ni.
    https://ariazir.blogspot.my/2017/09/bagaimana-downgrade-ios-11-ke-ios-1033.html

    BalasPadam

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017