Razer Phone - Telefon Pintar Khas Untuk Gamers

Razer Phone - Telefon Pintar Khas Untuk Gamers

"For Gamer. By Gamers" adalah slogan yang digunapakai oleh Razer. Razer adalah salah satu jenama yang dikenali ramai sebagai syarikat yang mengeluarkan beberapa produk khusus untuk "gaming". Antara produk yang telah pun mereka keluarkan ialah laptop gaming berprestasi tinggi, tetikus gaming dan bermacam lagi.

Kini dengan berbagai jenis permainan dilancar untuk platform peranti mudah alih dan Razer telah membuka langkah dengan memperkenalkan produk gaming terbaru mereka iaitu Razer Phone. Dilihat dari spesifikasi Razer Phone, memang tidak dinafikan telefon pintar gaming yang mereka lancarkan ini membuat para gamers pasti tergoda dengan spesifikasi pada peranti tersebut.

Spesifikasi Razer Phone

Razer Phone - Telefon Pintar Khas Untuk Gamers

Razer Phone dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835, 8GB RAM, 4,000mAh bateri berserta ruang storan dalaman sebanyak 64GB. Lebih menarik lagi Razer Phone didatangkan dengan skrin 5.7" IPS LCD IGZO QHD dengan kadar "refresh rate" 120Hz UltraMotion yang belum lagi terdapat pada mana-mana telefon pintar yang lain. Kadar "refresh rate" 120Hz ini hanya terdapat pada monitor komputer dan TV sahaja sebelum ini. Ini membuatkan paparan lebih cepat dan pantas.

Razer Phone - Telefon Pintar Khas Untuk Gamers

Rekaan badan Razer Phone jika dilihat dengan teliti, ianya tidak ubah seperti telefon pintar Sony Xperia. Skrin pula tidak keseluruhannya menggunapakai bezel nipis kerana terdapat pembesar suara stereo yang terbina pada bahagian atas dan bawah telefon. Secara keseluruhan badan Razer Phone diperbuat daripada logam.

Razer Phone - Telefon Pintar Khas Untuk Gamers

Menjadi trend setiap pengeluar peranti pintar, Razer Phone juga tidak menyediakan sokongan audio 3.5mm dan digantikan dengan USB-C. Bercakap mengenai sistem audio pada Razer Phone, ianya dilengkapi dengan sistem audio Dolby ATMOS dan memenuhi piawaian audio THX.

Razer Phone - Telefon Pintar Khas Untuk Gamers

Setakat ini tiada lagi maklumat tentang tarikh pelancarannya di Malaysia. Kepada "gamers" diluar sana mungkin dah boleh lupakan pasal iPhone X. Spesifikasi memang sesuai untuk anda yang gemar untuk memainkan permainan mudah alih menggunakan Razer Phone ini.

SUMBER: RAZER - SMARTPHONE FOR GAMERS

4 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Dah ada harga jualan di Malaysia?

    BalasPadam
  2. https://uploads.disquscdn.com/images/ffa79bbce1eabf2a6d8c5c6643faccdfc18fc4dc163661e51ed98eb3fc3d1078.jpg
    Tak pasti. Tapi based on CEO Razer cakap stock utk luar kawasan US dgn Europe tak cukup katanya.

    BalasPadam
  3. puas hati la kalau gamers main game dgn phone ni

    BalasPadam
  4. Dari segi review untuk gaming mmg best.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama