Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Bersempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 minggu lepas, aku dan rakan telah membuat perancangan untuk ride santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Perancangan asal untuk ride empat (4) orang saja tetapi saat-saat akhir, ada rakan kepada rakan sekerja yang turut serta juga. Lebih daripada 10 buah biji motor. Tiga daripadanya Superbike dan yang lain semua motor 150cc kebawah.

Titik pertemuan pada asalnya ialah di RNR Sungai Buloh tetapi saat-saat akhir, aku terpaksa membuat perubahan pada rancangan asal iaitu bertemu dan berkumpul di RNR Rawang. Nasib baik semua setuju untuk bertemu di sana.

Aku bertolak pada pukul 8.00 pagi dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Yang lain-lain pula bertolak dari Klang dan Kuala Lumpur. Walaupun agak lewat sedikit bertolak dari Port Dickson, aku tetap sampai pada pukul 9.30 pagi seperti perancangan awal. Dua orang daripada Klang sampai dahulu, yang lain-lain dari Kuala Lumpur masih lagi belum muncul pada masa tu.

Disebabkan kami berempat pun mengejar masa, kami bertolak dahulu pada pukul 10 pagi dan bertolak. Yang lain yang masih lagi belum sampai untuk terus bertemu dekat satu lagi RNR (tak ingat RNR mana satu tu).

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Ramai juga kelibat rider masa tu dan aku assume yang semua mesti nak ke Nasi Bamboo juga. Setelah yang lain sampai, kami bertolak lebih kurang pada pukul 11.00 pagi dan ride secara santai. Rider lain semua berdesup laju, ditinggalnya kami dibelakang. Tapi takpe memang dalam perancangan asal pun, aku dan rakan sekerja yang lain memang nak ride santai-santai.

Aku bukanlah kaki ride sangat, tapi benda paling aku titik beratkan ialah soal keselamatan. Itu yang paling utama. Nak laju boleh tapi perlu berhati-hati. Yang penting selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.


Lebih kurang pukul 12.30 kami sampai tempat yang dituju. Berduyun-duyun orang masuk dan keluar. Paling ramai sudah tentu rider-rider yang kami terserempak di RNR. Keadaan di kedai memang sangat padat dengan orang. Disebabkan terlalu ramai, kami mengambil keputusan untuk bungkus dan makan di kawasan air terjun yang berdekatan. 

Dalam keadaan tergesa-gesa, aku tak dapat nak tengok menu apa yang ditawarkan oleh Nasi Bamboo Sungai Klah kepada pelanggan. Hanya sempat tangkap beberapa gambar saja. Seperti yang diberitahu, istimewanya di situ ialah nasi dimasak dengan buluh dan lauk pauk pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu nasi berlauk dan bakar.

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Ride Santai ke Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Antara menu yang sempat kami sambar ialah kambing salai, dan ayam bakar sahaja. Sebenarnya aku mengidam nak makan ikan bakar. Disebabkan masa tu nak kena tunggu, aku terpaksa lupakan hasrat untuk pekena ikan bakar. InshaAllah kalau ada masa lagi, aku ingat nak pergi sekali lagi untuk cuba menu yang lain. 

Selesai saja membeli nasi dan lauk pauk, kami terus ke air terjun dan makan disana beramai-ramai. Agak terkilan sekali lagi bila aku tak bawa pakaian untuk mandi di sungai. So, aku tengok dari jauh sampai tengok motor kawan-kawan yang lain. Pukul 4 petang kami bertolak dari Sungkai, Perak.

5 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Sedapnya kambing salai tu. Balik Perak bolehla pergi nanti.

    BalasPadam
  2. wah best nya ride dan makan. ikan bakar tu mungkin next time ride tu. hehe ^_^

    BalasPadam
  3. Kalau ikutkan perancangan macam tu la. Maybe pergi dgn family lak.

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah makan kambing. Tapi haritu ada try sikit and bau kambing tak berapa kuat. Not bad untuk dicuba.

    BalasPadam
  5. Teringin juga nak pergi ke sungai klah ni sebab selalu jadi buah mulut orang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama