"Real-time Simulation" Menggunakan Pengangkutan Awam Dengan Bantuan Moovit dan Google Maps


Sudah lama rasanya tidak menggunakan pengangkutan awam sejak mempunyai kenderaan sendiri. Rasanya hampir 2 tahun lebih lamanya tidak menggunakan pengangkutan awam. Itu pun kalau menggunakan pengangkutan awam terutamanya KTM dan Monorel, destinasi terakhir selalunya hanya berakhir di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Bermula September 2019, aku tidak lagi bekerja di Damansara Perdana dan lokasi pejabat baru pula terletak di Kuala Lumpur. Aku merancang untuk tidak lagi kerap ulang alik menggunakan motorsikal dan pengangkutan awam menjadi pilihan utama untuk pergi ke tempat kerja.

Dengan berbekalkan cuti yang ada, aku membuat satu "real-time simulation" untuk mengukur masa yang diperlukan untuk ke tempat kerja dan membuat pengiraan perbelanjaan keseluruhannya. Seterusnya membiasakan diri bagaimana untuk menaiki pengangkutan awam dengan mudah dan cepat.

Merancang Perjalanan Pengangkutan Awam Dengan Aplikasi Moovit

Sebelum membuat simulasi, aku mencari beberapa aplikasi yang boleh membantu memudahkan aku membuat perancangan dengan rapi. Aku teringat ada seorang pengguna Twitter pernah kongsi tentang aplikasi Moovit. Dari situlah aku perlu susun jadual perjalanan pergi dan balik ke destinasi yang aku ingin tuju.


Dengan Moovit korang boleh tahu jenis pengangkutan awam yang perlu digunakan. Daripada Komuter, Bas, LRT, MRT dan sebagainya akan dipaparkan dalam lingkungan lokasi yang ingin dituju. Kadang-kadang aku sendiri keliru bila tengok aliran transit di KL Sental. Moovit sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan aku.

Kekurangan yang ada pada aplikasi Moovit antaranya ialah Moovit tidak boleh digunakan dengan meluas merangkumi lokasi lain kecuali hanya di Bandaraya Ipoh, Kuala Lumpur/Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Google Maps Alternatif kepada Aplikasi Moovit

Google Maps sebenarnya sudah cukup lengkap sebenarnya. Bukan hanya menjadi navigasi menunjukkan laluan kenderaan seperti kereta dan motorsikal bahkan boleh digunakan untuk menunjukkan laluan pengangkutan awam. Sama seperti dengan aplikasi Moovit.


Kekurangan yang ada pada Google Maps yang ada pada Moovit ialah Google Maps tidak menyokong "real-time navigation". Google Maps hanya dapat memaparkan pilihan laluan dan arah sahaja. Mungkin agak sukar sedikit untuk melihat laluan yang perlu digunakan untuk ke destinasi yang berjauhan dengan hentian/stesen pengangkutan awam.

Kalau korang ada aplikasi lain yang menarik untuk dikongsikan jangan lupa komen dibawah. Aku sedang mencari kalau ada aplikasi yang boleh memaparkan harga sekali.

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Baru tahu tentang moovit tu. Zumal kalau sampai kl Sentral memang tuju ke kaunter pertanyaan untuk pilihan pengangkutan ke satu2 tempat.

    BalasPadam
  2. Boleh la cuba lepas ni. Senang dan mudah. Semua dihujung jari anda. Haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama