Blog Baru Lagi


Blog baru lagi? Tak habis-habis dengan blog baru. Blog lama macam mana?

Blog lama dah pun dipadam disebabkan aku secara tak sengaja terpadam segala gambar yang berkait rapat dengan blog. Bukan tu juga, aku pun dah tak lama tak renew domain blog lama dan domain tu dah diambil oleh orang lain.

Sebenarnya dah lama juga, nak buat blog baru ni. Rasanya niat nak buat blog baru dah lama sejak 4 bulan lepas. Tapi belum ada masa dan mood nak buat.

Asalnya nak gunakan platform wordpress tapi keinginan nak guna blogspot sebagai platform utama terlalu kuat. Lagipun dah sebati dengan blogspot, walaupun rasa agak kekok nak setting template dan lain-lain lagi.

OK lah, itu sajalah yang mampu aku tulis setakat ini. Harapnya blog baru tak adalah end up macam yang dulu.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama