Projek Sifar Merokok, Adakah Akan Berjaya?


Minggu ni dah masuk minggu ketiga aku tak lagi menyentuh dan menghisap rokok. Aku harap ianya projek menuju sifar merokok akan terus berterusan dan bukan hanya setengah jalan.

Kalau ikutkan niat nak berhenti merokok memang dah lama dan aku pernah juga mencuba tapi tak berjaya.

Dalam percubaan aku untuk berhenti merokok, aku mula menjinakkan diri dengan vape sebenarnya. Vape bertujuan untuk mengalihkan perhatian aku pada rokok.

Pada orang lain mungkin migrasi aku daripada rokok kepada vape adalah percubaan sia-sia. Aku hanya kan vape jika diperlukan saja dan perlahan-lahan aku stop vape juga.

Ramai dalam kalangan kawan-kawan yang memberi reaksi positif dengan projek aku ni. Ada juga yang memerli. Pedulikan kata orang, teruskan dengan projek sifar merokok!

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama