How I Spent My Weekend


Untuk pengetahuan anda semua, tajuk saja yang 'English' tapi penulisan dalam bahasa melayu kerana jika artikel ini ditulis dalam 'English' maka besar kemungkin aku akan dikecam teruk nanti.

Berbalik kepada tajuk asal, kebiasaannya orang bekerja seperti aku, hari yang paling ditunggu-tunggu ialah 'cuti'. Betul lah kata orang dulu-dulu, penantian itu suatu penyeksaan. Nak tunggu hari sabtu memang lama.

Jadi apa yang aku buat bila tiba cuti hujung minggu? Benda ini masih lagi menjadi rahsia kepada yang masih tidak mengenali diri aku.

Cuti ni kau buat apa je?

Ada plan tak harini? Kalau ada jangan lupa roger.

Aku sering dapat dua soalan ini. Jawapan kepada dua soalan tu ialah 'tidur'! Ya, itulah yang sering aku buat bila tibanya cuti hujung minggu. Bosan bukan. Seriously aku sendiri pun bosan sebenarnya sebab tak memanfaatkan cuti yang ada dengan buat aktiviti yang menyihatkan badan.

Selalunya aku akan habiskan masa cuti hari Sabtu dengan duduk berehat dirumah. Pada yang tidak tahu, aku bekerja ulang alik menunggang motorsikal (kapchai) dari Port Dickson ke Damansara Perdana. Perjalanan memakan masa satu jam setengah. Tambah lagi, setiap minggu aku travel sejauh 1000KM (sehari 200KM).

Penat! memang penat, tenat, semuanya ada. Jadi dengan itu, aku spend time masa aku untuk berehat dan mengembalikan segala tenaga dan kudrat yang ada pabila tibanya hari isnin.

Hari ahad pula, bila tenaga sudah dicaj kembali, aku akan ambil sedikit masa untuk keluar dari sarang gua tempat beradu. Pergilah kemana yang hendak dituju asalkan tak jauh dan tak meletihkan aku.

Jadi itulah serba sedikit yang mampu aku nukilkan. Korang pula macam mana?

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama