Pengguna TM Streamyx Berang Dengan "Surprise" Dari Pihak Telekom Malaysia

- Januari 28, 2017

Baru-baru ini saja pihak Telekom Malaysia mula menawarkan penaik-tarafan pakej buat pengguna TM Unifi yang terpilih secara percuma selaras dengan pengumuman 'Belanjawan 2017' oleh pihak kerajaan Malaysia. Secara tidak langsung pengguna TM Unifi yang melanggan pakej 30Mbps akan dinaik-taraf kepada 50Mbps manakal pakej 50Mbps dinaik-taraf kepada 100Mbps.

Pengguna TM Streamyx juga tidak terkecuali dari menerima 'surprise' dari pihak Telekom Malaysia. Tetapi kejutan yang diberikan tidak diterima baik oleh segelintir pengguna Streamyx termasuklah diri aku sendiri.

Buat pengetahuan korang, aku adalah pengguna TM Streamyx pakej 2Mbps. Di kawasan tempat tinggal aku belum lagi ada liputan untuk TM Unifi dan limitasi kelajuan internet hanyalah setakat 2Mbps dan juga bilangan 'port' yang sedikit.

Berbalik kepada kejutan yang ditawarkan oleh TM, dengan pantas terus pergi kehalaman web TM untuk melihat apakah kejutan yang diberikan oleh TM yang membuatkan ramai yang bengang dan berang.


"Surprise" yang ditawarkan oleh TM kepada pengguna Streamyx ialah dengan penawaran langganan pelan Webemobile RM79 dan menikmati potongan RM10 pada bil sedia ada TM Streamyx untuk 12 bulan sahaja. Tidak heranlah kalau sesetengah pengguna TM Unifi dan kebanyakan pengguna TM Streamyx bengang dan berang dengan "surprise" dari TM.

Hashtag #Streamyxuserunite Dilancarkan di Facebook, Twitter dan Lowyat Forum




#Streamyxuserunite ini dimulakan selepas menerima gesaan daripada ahli Lowyat Forum agar pengguna Streamyx bersatu untuk memviralkan isu ini agar dipandang serius oleh pihak TM. 


Jika korang nak lihat dan tahu lebih lanjut apa yang cuba disampaikan oleh beliau bolehlah klik link ini (> Streamyx - Unfair Treatment?, #StreamyxUsersUnite , let's do it! (Chat) dan juga lihat video yang cuba disampai oleh youtuber The Kampung Nerd.

Advertisement

1 Komen:

avatar

btol tu.. kdg2 streamyx mmg bnyk prob.. tp nk wt cmne... lau ade pakej lain yg murah, mmg dh lama smbar..

p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search