Buat 'To-Do List' dan 'Priority' Apabila Kerja Terlalu Banyak


Waktu cuti adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang yang bekerja termasuklah aku. Tapi itulah hanyalah buat sementara waktu. Sebab apabila cuti pun dah sampai penghunjungnya, maka bersiap sedialah untuk berperang untuk kerja-kerja yang bakal menimbun.

Perkara ini akan berlaku pada setiap orang. Selepas cuti dan masuk bekerja pada hari seterusnya pasti akan stress apabila buka saja email (kerja). Kepala mula semak dan masa itulah juga mula 'lost track' dengan kerja sedia ada. 

Jadi bagaimana nak selesaikan semua kerja dengan lebih terurus dan efisien. 


Lakukan Kerja Pada Waktu Pagi


Siapa setuju jika waktu pagi adalah waktu yang paling produktif untuk bekerja. Ya, waktu inilah otak dan badan masih segar untuk lebih fokus bekerja. Tetapi dengan syarat, kita mestilah mempunyai tidur yang cukup. Yang penting jangan lupa untuk ambil sarapan pagi.

Seperti aku sendiri, waktu pagi adalah waktu untuk serius untuk lakukan semua kerja yang ada. Masa ini jangan alihkan perhatian pada benda-benda yang boleh melalaikan. Phone letak jauh-jauh dari padangan mata. 

Dan kalau boleh jangan tunggu dan lengah masa sehingga ke tengahari untuk mulakan kerja dengan serius. Percayalah selepas saja 'lunch' badan dan otak akan mula lemah. Fokus pun mula hilang. Dari situ akan timbul perasaan malas.

Buat To-Do List


Jika dalam satu hari itu, banyak kerja yang perlu diselesaikan maka buatlah senarai kerja. Setiap kerja mempunyai date-line tertentu. Jadi buatlah senarai kerja satu per satu. Jangan hanya simpan dalam kepala, buatlah satu salinan di atas kertas dan letak atau gantung di tempat yang kita senang untuk lihat.

Daripada senarai yang dibuat, boleh la kita semak dan tanda yang mana sudah siap dan belum. Mungkin nampak agak 'old-skool' tapi inilah adalah sebagai langkah pencegahan daripada terus terlupa.


Buat 'Priority' Setiap Kerja Yang Telah Disenaraikan


Selepas saja buat senarai kerja, kenal pasti dan buat 'priority' kerja mana yang patut diutamakan terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan kita daripada mencampurkan adukkan kerja yang ada. 

Jika ikutkan pengalaman aku sebelum ini, memang aku akan buat satu senarai kerja tetapi kerja aku jadi tidak efisien. Awal-awal memang nampak tersusun tapi zahirnya tidak efisien. Aku mula mencampur adukkan kerja-kerja yang ada. Sekejap buat itu, sekejap buat ini. Belum lagi siap kerja sedia ada, terus lompat buat kerja lain. Ingat tu buatlah 'priority' pada senarai kerja.

Korang pula macam mana? 

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Samalah, kalau banyak kerja yang nak kena settle, buat yang lebih penting dulu. Kalau yang lebih penting tu dah settle awal-awal senang sikit. Ataupun buat yang mana kita mampu siapkan lebih cepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yups betul tu. So dah siap mana yg perlu. dah tak perlu nak rushing2.

      Padam
Terbaru Lebih lama