Travel Ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal

- Isnin, Februari 06, 2017

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 7 bulan aku travel dari rumah ke tempat kerja dengan motorsikal. Jarak dari rumah ke tempat kerja pula sejauh 96.6 km. Perjalanan pergi balik setiap hari hampir mencecah 200 km. Masa yang diambil untuk sebuah kapcai dengan jarak sebegitu ialah 1 jam 30 minit. Tapi ianya bergantung kepada cuaca. Kalau hujan mungkin dalam 2 jam perjalanan.

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka yang aku mampu bertahan untuk hampir 7 bulan. Sebab pada awal bulan bekerja di Damansara, aku bercadang untuk mencari bilik sewa. Tapi bila tak dapat cari yang bilik yang sesuai, aku terus lupakan hasrat untuk menyewa dan meneruskan  hasrat berulang-alik dari Lukut - Damansara.

Kenapa Tidak Menyewa? Kenapa Tak Naik Public Transport? Kenapa Tak Upgrade Motorsikal

Tiga soalan ini mula menjadi tanda tanya oleh rakan sepejabat. Sebab utama kenapa aku masih lagi travel sejauh itu adalah kerana kos. Dengan kos yang sangat tinggi untuk menyewa bilik membuatkan aku tak jadi aku menyewa. Tambah lagi, aku juga perlu menampung kos bil utiliti, streamyx dan lain-lain di tempat tinggal (rumah keluarga) sekarang.

Berkenaan dengan public transport pula, aku merasakan adalah sangat tidak berbaloi. Jika kos minyak motorsikal pergi-balik hanyalah RM10.00 sehari, untuk menggunakan public transport aku memerlukan RM 20 sehari. Bukan itu saja, masa perjalanan aku memakan masa agak lama. Jarak perjalanan dari Lukut ke Seremban memakan masa 20 minit (bersamaan kos minyak motorsikal RM 2.00). Kemudian komuter ke KL Sentral pula memakan masa hampir sejam lima belas minit (bersamaan kos tiket RM 17.40). Kemudian dari KL Sentral ke Damansara Perdana mungkin memakan masa 20 minit (tiada kos sebab naik shuttle company).


Ada juga yang mencadangkan aku untuk upgrade motorsikal sedia ada kepada motorsikal yang lebih besar. Ikutkan hati memang nak upgrade motorsikal tapi disebabkan motorsikal yang digunakan sekarang masih lagi baru dan ada lagi hutang empat tahun, nak tak nak gunakanlah dulu. Melainkan ada yang sudi nak beli. Ada ke yang nak beli kalau dalam setahun mileage hampir 40,000km. Mesti tak nak kan.

Penat tu memang penat, tapi inilah harga yang harus dibayar untuk waktu sekarang. Aku tak rasa yang aku keseorangan dalam hal travel jarak jauh ke tempat kerja dengan menunggang kapcai. Baru saja dua minggu lepas, aku berhenti di RNR Dengkil disebabkan hujan dan berjumpa dengan seorang penunggang motorsikal. Selepas borak-borak dengan beliau, aku diberitahu bahawa beliau travel dari Senawang ke Port Klang dengan hanya menggunakan motor EX5 saja. Kalau tengok dari segi umur, aku rasa umur beliau hampir 40-an.

Korang pula macam mana? Ada yang senasib dengan aku. Meh cerita dekat kotak komen dibawah. Komen/pendapat korang sangat dialu-alukan.
Advertisement

4 Komen

avatar

Testing testing..ok testing balas komen hahaha..

avatar

Salam Jia..kak lya singgah sini..wah blog baru ke ni..Kka lya dah follow Jia..Follower ke 3 ...yahoo..bak mari hadiah sbb jadi follower ke tiga hehehe..anyway semoga terus sukses dlm dunia blogging ya Jia..Insyaallah kak lya akan terus singgah sini utk masa2 akan dtg..

avatar

Yups blog baru. Blog lama dah delete tanpa sengaja.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search