Perbezaan Antara Transmisi AT dan CVT


Aku masih lagi teringat kata-kata seorang sales advisor (SA) ketika aku ingin membeli kereta. Kami duduk dan berbincang tentang spesifikasi dan jenis kereta yang aku inginkan. Kereta yang aku inginkan pada ketika mempunyai dua variasi transmisi iaitu 'CVT' dan 'Manual'. Dan SA cadangkan kepada aku untuk ambil gear 'CVT' berbanding manual. Disebabkan ilmu yang tak cukup pasal kereta, aku terpinga sekejap bila dengar CVT. Aik, ada gear baru ke? Bukan ke gear ada manual dengan auto je. SA pun bukalah mulut cerita tentang perbezaan antara CVT dengan AT.

Perbezaan Antara Transmisi AT dan CVT

Seperti yang diterangkan oleh SA, transmisi 'CVT' dan 'AT' adalah dua transmisi yang sama tapi berbeza dari segi gear ratio dan lain-lain. Sudah semestinya masa penerangan yang diberi, aku angguk-angguk kepala tanda faham. Tapi sepatah haram apa yang diterangkan oleh SA buatkan aku lebih tak faham. Setelah buat sedikit 'research' selepas balik daripada 'showroom' kereta, barulah aku faham betapa berbezanya kedua-dua transmisi tersebut.

Apakah Itu Automated Transmission (AT)

Transmisi AT adalah sistem gear tradisional yang digunakan kebanyakan kenderaan lama. Sistem transmisi AT masih lagi mempunyai sistem enjin asas manual yang ia akan beralih antara bilangan nisbah gear. Walaupun ianya menggunakan sistem asas seperti transmisi manual, pergerakan atara gear dikawal oleh komputer. Sebagai contoh, ia akan bermula pada gear pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Korang akan merasa pertukaran gear akan berlaku.

Apakah Itu Continuosly Variable Transmission (CVT)

Berbeza dengan AT, CVT mempunyai sistem 'Dwi-Pulley' enjin yang lebih kompleks. Jika AT mempunyai peralihan antara nisbah gear tapi tidak pada CVT. Nisbah gear CVT pula tidak tetap. Peralihan antara gear lebih 'smooth' jika nak dibandingkan dengan AT. Sebagai contoh, pemandu tidak akan merasa peralihan gear langsung dan RPM pula tidak menunjukkan penurunan apabila ada peralihan gear ketika memecut.


So, macam mana? Faham ke tidak? Mungkin susah sikit nak faham dari penerangan yang aku berikan. Aku sendiri pun susah nak faham sebenarnya sebelum ini. Tapi setelah merasa sendiri pengalaman memandu kereta transmisi CVT dan juga AT. Memang terdapat perbezaan yang sangat ketara. Dan aku lebih memihak kepada transmisi CVT yang tersangat 'smooth'. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal CVT dan AT ni, apa kata kita tengok video dekat bawah ni.

1 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. hahaha aku mula-mula baca pun tak faham. Dah habis baca pun stil faham sikit-sikit. Cetek sangat pengetahuan kalau bab kereta ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama