Pengalaman Interview Kerja Yang Sangat Dramatik


Kini ini aku sudah pun bekerja di sebuah syarikat Oil & Gas di Damansara, Selangor. Memang dari dulu sangat berharap untuk dapat ceburkan diri dalam bidang Oil & Gas. Tapi perjalanan aku untuk dapatkan jawatan sekarang memang agak mencabar dan sangat dramatik.

Aku diterima masuk setelah berjaya interview kali kedua. Kali pertama interview ialah setahun sebelum temuduga kedua dijalankan. Kata 'team leader' department aku sekarang, pada asalnya mereka memang nak ambil aku bekerja tetapi disebabkan ada halangan tertentu. Mereka terpaksa tunda untuk ambil aku setahun selepas itu.

Apa Yang Dramatik Sangat Interview Kali Kedua Tu?

OK kita beralih kepada topik utama. Apa yang dramatik sangat tu? Dramatik yang ingin aku sampaikan ialah pengalaman interview dalam keadaan basah kuyup dan macam-macam lagilah.

Pada hari kejadian, aku sebenarnya ada dua jemputan interview. Sesi pagi di Senawang, Negeri Sembilan dan sesi petang di Damansara. Disebabkan dana sendiri agak terhad ketika itu, aku ambil keputusan untuk naik motor.

Selesai saja interview waktu pagi, tanpa berlengah aku terus search lokasi temuduga kedua menggunakan 'Google Maps'. Cuaca ketika tak menampakkan petanda nak mendung dan hujan. Tapi tak disangka sebaik saja aku berada di highway Utara-Selatan, hujan turun dengan lebatnya.

Habis baju, beg, seluar dan kasut basah disebabkan hujan. Tak sempat nak berhenti berteduh. Aku tetap teruskan perjalanan mencari lokasi tempat interview di Damansara. Malang lagi sekali dalam keadaan hujan lebat, aku sesat entah kemana.

Cari punya cari jalan, akhirnya jumpa juga destinasi yang dituju. Syukur alhamdulillah tapi bila tengok keadaan diri yang basah kuyup tu, rasa macam nak cancel saja interview. Tapi aku teruskan juga dan tunjukkan 'effort' aku.

Dah masuk dalam bilik interview, aku terus minta maaf pada interviewer sebab lewat. Aku selagi terpaksa minta maaf bila resume yang aku bagi pada mereka basah. Mereka bertiga terkejut dengan keadaan aku yang basah kuyup ketika tu.

Masa interview tu, toksah cakaplah menggigil kesejukkan dan tergagap saja sepanjang sesi soal perkenal diri dan jawab soalan. Terlampau sejuk dengan angin aircond.

Selepas saja aku diterima masuk selepas setahun, ramai kawan-kawan pejabat tanya pasal interview aku yang pertama kali tu. Mereka dapat tahu cerita ni daripada HR dan juga HOD Department aku. Betul ke tidak cerita yand diorang dengar pasal basah kuyup dan resume basah.

Semuanya tabik spring dengan effort yang aku tunjukkan. Kata diorang lagi, kalau benda sama yang jadi pada diorang, mungkin diorang tak akan datang dan minta postponed hari lain.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama