Facebook Telah Mencapai 1.86 Billion Pengguna Aktif

Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan laman sosial Facebook, dari orang dewasa sehinggalah kanak-kanak pasti kenal akan dengan laman sosial ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2004 kepada umum, Facebook ternyata mempunyai aura yang sangat kuat untuk menjadi kuasa dunia laman sosial.

Facebook dilihat sedikit demi sedikit menenggelamkan laman sosial yang lain. Seperti contoh, lihat saja kejatuhan laman sosial Friendster. Dahulu Friendster adalah peneman warga internet untuk menambah kenalan di alam maya. Tapi hanya beberapa tahun selepas itu, Friendster kini tidak lagi aktif.

Pengguna Aktif Facebook Telah Mencapai Sehingga 1.86 Billion

Pengasas dan juga CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah berjaya menyakinkan orang ramai diseluruh dunia untuk menggunakan platform laman sosial beliau. Bukan hanya untuk mencari kenalan tetapi juga mempunyai fungsi lain untuk berniaga dan sebagainya.

Dalam post beliau di Facebook, Mark Zuckerberg memberitahu bahawa Facebook kini telah mempunyai sebanyak 1.86 Billion pengguna aktif di seluruh dunia.



Our community now has almost 1.9 billion people, including 1.2 billion people active every day. More than 65 million small businesses use Facebook to connect with their customers.





Beliau juga turut memberitahu bahawa Facebook juga bakal menambah fungsi yang baru dan akan meneruskannya demi saban tahun.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama