Giveaway: Ini Blog Siapa?

http://sishawa.blogspot.my/2017/02/giveaway-hawa-tanya-ini-blog-siapa.html

Terima kasih banyak Awadah kerana mengadakan Giveaway: Ini Blog Siapa?. Aku memang tengah mencari-cari giveaway yang sesuai untuk mempromosikan blog terbaru aku ni termasuklah pemilik blog ariazir.blogspot.com.

Ini Blog Siapa?

THE ARIAZIR (ariazir.blogspot.com) dimiliki sepenuhnya oleh Jia Rizaira. Bagi yang tidak mengenali siapakah Jia Rizaira (bajet retis sangat), Jia Rizaira adalah pemilik blog yang dahulunya dikenali sebagai jiarizaira.com.

Kenapa tidak teruskan jiarizaira.com dan kenapa perlu blog baru? Akibat dari kesibukan bekerja, blog jiarizaira.com dibiarkan berhabuk dan domain pula tidak diperbaharui. Dalam masa tengah nak mula berblog dan nak hidupkan balik domain, rupa-rupanya jiarizaira.com telah digunapakai satu laman web Jepun.

Jadi aku teruskan dengan url asal mindakabur.blogspot.com. Tetapi malapetaka berlaku tak disangka ketika nak cek balik google+ punya album. Dengan secara tak sengaja aku tertekan delete pada album blog. Aku ingatkan tak ada apa-apa yang berlaku, tapi tidak. Kesemua entri blog yang bergambar dah hilang. Cuba carik jalan penyelesaian tapi tak dapat juga nak recover album blog.


Terlajak perahu boleh di undur, terlajak tekan 'delete' sendiri mau ingatlah yer.


Dengan rasa berat hati, aku terpaksa delete blog lama aku yang sudah bertapak pada awal tahun 2010 dan digantikan blog yang sekarang ni. Kepada rakan-rakan blogger yang masih mengenali pemilik jiarizaira.com sebelum ini, marilah sokong dan jemput singgah ke blog yang masih segar bugar ni.

7 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Rasanya la kan, gambar yang kita pernah upload kat google, macam dalam ni dalam sistem blogspot, dia tak hilang. Ada simpan dalam sistem database google.

    BalasPadam
  2. salam kenal.. nampaknya ramai blogger lama telah muncul semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima sebab datang. Harap dengan kemunculan ni tak ada lah tenggelam macam dulu.

      Padam
  3. Singgah dr GA yg sama : http://satupermata.blogspot.my

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama