Mengapa Sesetengah Muzik Video Youtube Mempunyai Label VEVO

- Khamis, Februari 16, 2017
Apakah-itu-vevo

Jika korang perasan ada sesetengah muzik video tidak kira artis tempatan (Malaysia) atau pun artis luar negara mempunyai label 'VEVO'. Sebagai contoh, artis Malaysia yang mempunyai VEVO ialah channel Youtube Alif Satar yang dinamakan sebagai AlifSatarVEVO. Selain dari Alif Satar, Anuar Zain dan Misha juga mempunyai channel youtube VEVO mereka sendiri.

Apakah Itu VEVO?

Apakah VEVO sebenarnya? VEVO ini untuk apa sebenarnya? Adakah VEVO hanya sebagai simbol sahaja. Sebelum korang baca penerangan dibawah berkenaan dengan VEVO, sila abaikan gambar di atas. Gambar tersebut hanya hiasan dan tidak layak untuk berkolaborasi dengan VEVO.

VEVO adalah sebuah laman web yang dicipta oleh pihak Sony Music Entertainment, Universal Music Group dan Abu Dhabi Media bersama-sama EMI dengan tujuan untuk menyediakan kandungan muzik video tanpa mengambil hak perlesenan pemilikan.

VEVO telah menghasilkan lebih dari 50 ribu jenis video. Hasil kerjasama Google dan VEVO, dua pihak ini telah menjana pendapatan dari hasil pengiklanan.

Jenis-jenis Video Pada VEVO

VEVO sebenarnya bukan hanya khusus untuk menyediakan kandungan video untuk muzik video penyanyi di Youtube. VEVO juga berperanan dalam menyediakan kandungan streaming secara online untuk 'original series', rakaman disebalik tabir, 'live performances' dan sebagainya.

Hanya dengan menaip perkataan VEVO ada penghujung setiap nama lagu atau artis, korang sudah boleh menikmati kandungan video daripada VEVO di Youtube. Selain Youtube, korang juga boleh akses segala kandungan video daripada VEVO dengan cara melayari laman web mereka. Tetapi di Malaysia aku rasa belum boleh lagi akses laman web VEVO.

Vevo-website

Hasil daripada pembacaan berkenaan dengan laman web VEVO, hanya beberapa negara sahaja yang ada akses iaitu di Australia, Brazil, Canada, France, Germany, Ireland, Italy, Mexico, the Netherlands, New Zealand, Poland, Spain, the United Kingdom, dan sudah tentu United States of America.

The uploader has not made this video available in your country


Walaupun begitu, kebanyakan video VEVO di Youtube masih lagi boleh dilihat oleh orang ramai diseluruh dunia. Akan tetapi ada juga yang memaparkan mesej "The uploader has not made this video available in your country".
Advertisement

15 Komen

avatar

Ohhhh macamtu rupanya. ingatkan apalah vevo ni. btw, boleh tu berkolaborasi dgn vevo, dah ada gaya dah tu nampaknya hehe.

avatar

Waah kira eklusif la nie..masyukk

avatar

Baru tau kenapa ada Vevo... Nice info... Tq for sharing...

avatar

Ohh baru tahu.. selama ni tak tahu.. heheh.. salam kenal dari mamajue.com

Mama follower ke 10.. yeahh my lucky nombor..

avatar

Owhhh... selalu tengok logo vevo ni... tapi malas nak search maksodnya...

avatar

Itulah uncle. Saya haritu dok tertanya2. Tp takley dibiarkan menjadi persoalan lama2.

avatar

kalau tgk youtube je mesti akan cari yg ada vevo nih konon nampak macam lebih professional.. konon jelaa, padahal tak taw mende pon.. hahahaha..

btw, letop blog baru! awal-awal dah ada iklan, jeles..

avatar

Thank you Husna. Tak ada lah meletop mana pun. Start from bottom balik ni.

avatar

Nice sharing. sebelum nih tak fikir pon haha! btw maaf ler lambat singgah sini..cun habes blog nih. thorbaik!

avatar

Terima kasih atas pujian. hehe

avatar

Laa ye ke, ingatkan syarikat rakaman, hahaha...

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search