Kini sudah pun masuk tahun 2017, Nokia 3310 masih lagi menjadi bualan di mana sahaja. Terkini Nokia 3310 telah kembali membuat kemunculan di Mobile World Conference 2017 (MWC 2017) yang telah berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 27 Februari 2017. Ini adalah penantian yang sangat ditunggu-tunggu bagi mereka yang pernah menggunakan Nokia 3310 yang dilancarkan pada tahun 2000.
Tidak keterlaluan jika aku katakan Nokia 3310 adalah 'Otai' segala telefon pada zamannya. Salah satu kelebihan yang aku kagum ialah ketahanannya. Jatuh atas lantai banyak kali, itu sudah jadi perkara biasa. Boleh pecah lantai dibuatnya. Ha! Itu dah melampau sangat. Kelebihan yang boleh dibanggakan dengan Nokia 3310 ialah ketahanan baterinya. Dengan sistem operasi yang tak terlalu 'complicated' pada masa itu, adalah penyebab kenapa bateri bertahan lama.
Spesifikasi Penuh Nokia 3310
Jika dilihat dari segi rekabentuk, Nokia 3310 yang baru ini masih lagi kekal seperti yang lama dan diberi sentuhan moden sebagai contoh susunan butangnya. Nokia 3310 baru ini menggunakan sistem operasi Nokia Series 30+. Antara ciri-ciri baru yang boleh didapati pada Nokia 3310 ini ialah- Kamera 2 MP disertai LED Flash
- Memori dalaman 16 MB
- Sokongan MicroSD sehingga 32 GB
- Mempunyai empat warna pilihan iaitu Warm Red (Glossy), Dark Blue (Matte), Yellow (Glossy) dan Grey (Matte)
- Skrin berwarna 2.4" QVGA
- Bateri 1200 mAh (mampu bertahan sehingga 22 jam waktu berbual)
- Rangkaian 2G
- Sokongan dual-sim
Ikonik Game 'Snake' Turut Disertakan
Bagi mereka yang pernah menggunakan Nokia 3310 generasi pertama, 'Snake' adalah salah satu game yang menjadi kegemaran ramai. Tanpa 'Snake' siapalah Nokia 3310. Mereka di ibarat sebagai lagu dan irama. Tetapi kali ini, game 'Snake' diberi sentuhan baru oleh Gameloft seperti yang ditunjukkan video dibawah ini.Buat masa sekarang, tiada lagi khabar Nokia 3310 akan dilancarkan di Malaysia. Mungkin dengan adanya Nokia 3310 versi moden ini nanti boleh dijadikan sebagai telefon kedua. Harap-haraplah ketahanan 'body' yang baru ini sama keras dengan yang lama. Tapi awas! jangan gunakannya sebagai senjata.
Sumber: nokia.com
Tags:
Teknologi
Wow! bila nak masuk kat Malaysia ni?
ردحذفDulu Mrs. A guna H/P Nokia 3310 inilah memang tahan sungguh
Samalah. Tapi sayangnya dah rosak lepas tu terus buang.
حذفTahan lasak sama macam versi lama juga ke?
ردحذفTertanya2 juga tu. Nak kena rasa sendiri baru tau. Tak pun tunggu je youtuber buat droptest.
حذفyang lama masih lejen....bateri lama dan mudah untuk digunakan..sama sama kita tunggu kemunculannya
ردحذفYup, mana mungkin yg baru sama dgn yg lama.
حذفOS tak besar sgt. Lagipun jgn risau ada sokongan mikroSD
ردحذف