Perkara Wajib Dilakukan Apabila Gaji Masuk

- Februari 26, 2017
Perkara-Wajib-Dilakukan-Apabila-Gaji-Masuk

Gaji dah masuk ! Perkataan itulah yang ditunggu-tunggu sekali bila dah masuk hujung bulan. Tapi kadang-kadang tengah bulan pun dah mula terasa bahangnya nak tunggu gaji masuk. Kegembiraan bila dah masuk gaji tu memang tersangatlah suka tapi...ha ada tapi lagi. Kegembiraan tu hanya bertahan hanya satu hari saja. Walaupun perasaan gembira tu ditarik, tapi puas bila dapat selesaikan pembayaran benda-benda yang wajib.

Masa mula kerja dahulu, aku masih lagi belum sedar diri tentang betapa pentingnya untuk menguruskan duit. Dapat gaji saja, macam-macam benda aku beli. Yang mana kehendak dah jadi keperluan. Nak pula ikut trend berbelanja yang tidak sihat. Belum sampai seminggu gaji dah lesap. Mula la menggelabah bila duit minyak dan makan untuk pergi ke tempat kerja dah tak ada. Terpaksa minta mak ayah tolong support.

Selepas setahun macam tu, aku mula ambil tahu cara nak menguruskan kewangan sendiri. Aku banyak baca artikel berkaitan pengurusan wang dalam internet. Termasuklah dengar nasihat dan ambil sedikit cara kawan-kawan aku berbelanja (yang pandai urus kewangan la...).

Bab untuk uruskan kewangan ni perkara asas yang perlu aku ambil tahu ialah membezakan apa itu 'kehendak', 'keperluan', 'aset' dan 'liabiliti'. Yang ni memang kena hadam berhabis-habisan dan set kan dalam kepala sampailah tak lupa empat benda tu.

Perkara pertama yang aku buat ialah dengan mencatat segala urusan perbelanjaan wajib setiap bulan. Kena catat! Jangan tanam dalam kepala saja. Tapi ikut orang juga. Ada kawan aku, dia tak perlu catat pun, semuanya ada dalam kepala. Ni memang jenis berdisiplin tahap dewa. Selepas tu, aku buat satu senarai dan simpan dalam excel sheet. Disebabkan excel sheet yang aku buat serabut dan tak berapa 'organize', aku download beberapa excel sheet - simple monthly budget dan ubah yang mana patut.

Perkara-Wajib-Dilakukan-Apabila-Gaji-Masuk

Kalau korang boleh nampak gambar di atas ni, aku dah asingkan mana perbelanjaan tetap (perbelanjaan wajib setiap bulan) dan 'budget allocation' untuk memudahkan aku tengok 'cashflow' setiap bulan. Ada 10 jenis perbelanjaan wajib yang perlu aku ambil serius antaranya ialah

  1. Duit untuk mak ayah
  2. Perbelanjaan petrol (motor) pergi ke tempat kerja
  3. Makan tengahari (office hour) - lunch sahaja
  4. Loan Kereta
  5. Pelan internet smartphone - Umobile UMI 30
  6. TM Streamyx
  7. Utiliti Bil
  8. Simpanan
  9. Saving untuk perbelanjaan motor dan kereta
  10. PTPTN

Selepas dah asingkan untuk yang wajib, perkara seterusnya yang aku akan buat ialah dengan buat peruntukan bajet bulanan daripada baki gaji yang ada. Kebiasaanya peruntukan bajet bulanan aku ialah untuk 'entertainment - wayang dsb), barang runcit - beras, minyak dsb), dan lain-lain. 

Setiap bulan aku mempunyai target tetap iaitu kalau boleh semua perbelanjaan mestilah tidak lebih dari 90 peratus dari gaji. 10 peratus tu nak buat apa? Simpanlah apa lagi. Selagi boleh simpan, kita simpan. Yelah sekarang ni ekonomi negara pun turun naik, minyak naik dan macam-macam lagi naik. Tabung kecemasan memang perlu ada.

Setakat ini, plan pengurusan kewangan boleh dikirakan di tahap boleh dibanggakan. Belum lagi cukup sempurna sebenarnya. Kalau boleh nak 'cut' mana yang boleh dalam perbelanjaan wajib tu. InshaAllah nak tambah insurans/takaful medical dalam perbelanjaan wajib. Target akan datang ialah nak capai bebas hutang dan kalau boleh biar satu bulan gaji tak terpakai.
Advertisement

6 Komen

avatar

Bagusnya teratur macamni. Kalau kita catat segala duit yang dah dibelanjakan, takda lah rasa duit habis macmatu sahaja taktau buat apa. btw, dekat smartphone pun ada apps "MyTabung" okay juga boleh list semua benda dekat situ.

avatar

No 10 tu jangan lupa, nanti tak boleh keluar negeri tau... hehe...

avatar

ada buat bajet untuk perbelanjaan... tapi time2 perayaan ke laut juga... hihihi


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

avatar

Oh My tabung, pernah gak guna. Tapi last2 uninstall balik sbb jarang guna.

avatar

Oh saya dari diploma dah kena blacklist.

avatar

Bab perayaan ni yang susah sikit nak kawal. Tapi as long as tak lebih drpd kemampuan, dah ok.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search