Hadiah Berharga Dari Seorang CEO

hadiah-berharga-dari-seorang-CEO

Pada 21 Februari 2017 telah berlangsung satu majlis "Townhall 2017" anjuran company tempat aku bekerja sekarang di Damansara Performance Art Centre di Damansara Perdana. Inilah masanya seluruh pekerja tak kira yang bekerja di offshore, onshore, branch office termasuklah yang berada di headquarters turut bersama menjayakan majlis tersebut. Yang lebih penting, board of directors syarikat pun turun bersama-sama kami.

Jika tak silap aku, majlis tersebut akan diadakan setahun sekali. Majlis ni memberikan peluang kepada CEO company menyampaikan apa yang telah dicapai oleh company pada tahun 2016. Beliau juga turut berkongsi halatuju, visi dan misi pada masa akan datang. Beliau juga turut menggesa setiap pekerja untuk berinovasi dan belajar dari kesilapan lepas untuk 'future development' tak kira pada diri sendiri dan juga company.

"To innovate, dare to fail. We'll celebrate our failure together as long as we learn from it".

Di akhir acara, beliau telah menghadiahkan sebuah buku bertajuk "Dare To Fail" pada semua yang hadir. Aku dengan pantas, cepat-cepat menyelit dalam keadaan sesak untuk ambil buku tersebut. Tapi dalam pada masa yang sama sukar membuat keputusan sama ada nak ambil versi english atau bahasa melayu. Last sekali, aku ambil juga versi english.

Dare-to-fail

Aku berharap pada masa akan datang, company akan lebih berkembang maju walaupun di dalam keadaan industri oil & gas yang kejap naik kejap turun. Terima kasih banyak kerana memberikan inspirasi kepada kami Dato'.

10 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Bagusnya bagi buku. boleh jadi sumber inspirasi dan motivasi buat pekerja kan.

    BalasPadam
  2. Bagus juga dapat buku, beri motivasi pada orang lain pula untuk berjaya...

    BalasPadam
  3. terasa beruntung dan gembira bila boss menghargai usaha kita selama ini utk menaikkan nama syarikat. abe folo balik dcni. tq

    BalasPadam
  4. Bagus sangat jenis CEO yang pandai jaga hati staff macam ini.
    Kita bukan nak yang mahal-mahal pun tanda ingatan tu yang penting.
    Inilah yang seronoknya kerja dengan multi-international company bila semua branchs berkumpul dapat kenal dengan ramai orang. Huhuhuhu... teringat tempat kerja lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. CEO berjiwa rakyat ni. Dia mahu pekerja dia juga berjaya. Kalau pekerja berjaya, company pun berjaya.

      Padam
  5. hehe...buku tu sis pernah baca..sis pinjam.di library..berwajah baru mungkin diulang cetak
    .lepas baca buku tu terus termotivasi tau

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama