Apabila Balik Kerja 'On-time' Jadi Satu Kesalahan Besar

- Selasa, Mac 07, 2017
Apabila Balik Kerja 'On-time' Jadi Satu Kesalahan Besar

Semua orang tahu, kerja banyak mana pun ianya tak akan habis. Kerjalah dari pagi ke malam, esok tetap ada kerja yang akan datang. Itulah lumrah orang yang sudah bekerja demi mencari rezeki. Ini adalah proses yang sentiasa berulang dan tidak akan henti. Kecuali jika kita berhenti bekerja.

Baca: Buat 'To-Do List' dan 'Priority' Apabila Kerja Terlalu Banyak


Balik Kerja "On-Time" Jadi Kesalahan Besar

Pernah tak korang mengalami situasi dimana ada yang cemburu dan memerli bila balik kerja tepat pada masanya? Dah kemas meja dan baru saja nak melangkah dari meja, ada pula mulut jahat yang memerli. Itulah yang terjadi kepada seorang kawan aku waktu dia bekerja di syarikat lama.

Masuk awal balik tepat pada masanya pun jadi satu kesalahan. Bukan dia saja yang kena tapi yang pernah memerli pun diperli sama. Bak kata dia, memang polisi syarikat agaknya suruh perli orang lain bila balik on-time. Ini adalah salah satu penyebab dia berhenti. Dalam erti kata lain, persekitaran kerja dia sangatlah tidak bagus.

Apabila Balik Kerja 'On-time' Jadi Satu Kesalahan Besar

Bagi pendapat aku, rasanya tak salah kalau balik tepat pada masanya. Asalkan kita datang ke tempat kerja awal (atau tepat pada masa). Selagi kerja yang ada pada hari tu dapat diselesaikan dengan cepat, kenapa perlu balik lewat. Melainkan diminta oleh bos atau ada kerja 'urgent' yang memerlukan kita terpaksa buat kerja lebih masa. Cuba jadi produktif sebaik mungkin.

Setakat ini, 'environment' tempat kerja aku tersangat baik dan positif. Daripada bos besar sehinggalah team leader memang baik. Bukan bos saja, sedangkan staff yang lain pun sama. Ada satu masa tu, bos pula tegur kenapa tak balik sedangkan jam dah menunjukkan waktu untuk balik. Harap positif vibe ini akan berkekalan.
Advertisement

3 Komen

avatar

kehidupan kerja yg penuh dgn cabaran. kadang ada orang suka ada yang x kan.

susah nak puaskan semua orang. tp ada aku kesah.. hehehehe

avatar

Biasanya yang banyak mulut ni yang tak banyak buat kerja... kan...

avatar

pernah kerja dgn company yg mcm ni. tak bagi kita balik on time. time nak balik tu jugak dia bagi itu ini kerja. fedup punyal pasal, resign terus. hahaha

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search