BR1M Tidak Lulus Kerana Beli Sport Rim Kereta

- Khamis, Mac 09, 2017
BR1M Tidak Lulus
Bagi mereka yang sudah lulus dan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tahniah di ucapkan. Mana yang tidak lulus, buatlah rayuan di pejabat LHDN terdekat dengan tempat tinggal. Mana yang lulus, masih tersenyum dan memikirkan apa yang hendak dibelanjakan. Mana yang tidak lulus kebanyakannya menyuarakan rasa tidak puas hati melalui laman Facebook masing-masing.

Tahun ini saja rasanya boleh dikatakan ramai permohonan BR1M 2017 yang sangkut. Paling popular sekali sebab tidak lulus BR1M adalah disebabkan mempunyai rekod pendaftran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Peniaga kecil yang berdaftar SSM juga turut sama kena tempiasnya.

Tapi itu aku tidaklah heran sangat. Aku juga adalah antara salah seorang daripada pemohon yang tidak lulus untuk mendapatkan BR1M 2017. Berdebar juga menunggu keputusan tapi harus redha dengan jawapan yang diterima.

Kalau korang tidak lulus disebabkan SSM. Aku pula tidak lulus disebabkan hanya membeli Sport Rim kereta. Ini tidak adil. Tak percaya? Ini buktinya.

BR1M Tidak Lulus Kerana Beli Sport Rim Kereta

Percaya tak? OK, korang semua jangan kecam aku. Cuma hanya mahu bergurau. Mungkin juga gurauan ni boleh menghilangkan duka lara hati sendiri sebab aku pun sebenarnya tak dapat BR1M.
Advertisement

4 Komen

avatar

Hahaha, untung lah sport rim kereta baru... tak pelik pun, sebab duit BR1M pun dah boleh buat muka IRIZ.... hehehe

avatar

eeee geram kita tau. terima kasih buat lawak tapi tetap sedih juga.. uwaaa tak layak kerana SSM

avatar

Hahahaha siap ada troll tentang BR1M tak lulus, creative sungguh 😂

avatar

Ramai yang share benda ni kat FB sebenarnya.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search