Google Berada Di Kedudukan Pertama Antara Top 100 Laman Web Yang Popular

Google Berada Di Kedudukan Pertama Antara Top 100 Laman Web Yang Popular

Saban tahun teknologi semakin berkembang besar. Begitulah juga dengan dunia internet tanpa sempadan dan wujud banyaknya laman web yang menjadi perhatian netizen untuk diakses. Sehingga kini, kira-kira lebih dari 1.1 billion laman web telah tercipta.


Infografik Top 100 Laman Web Yang Popular

Menurut kajian yang dihasilkan oleh salah satu web hosting di Singapura, Vodien telah menyenaraikan 100 laman web yang popular di Amerika Syarikat (USA). Berdasarkan infografik yang dihasilkan oleh Vodien, Google berada di kedudukan pertama antara 100 laman web yang popular berdasarkan data yang diperoleh daripada Alexa Analytics. Siapa yang tak kenal Google bukanlah seorang netizen sejati. Setuju?


Infografik Top 100 Laman Web Yang Popular

Berdasarkan infografik tersebut, kedudukan setiap laman web dikategorikan mengikut berapa besarnya bulatan. Sebagai contoh, Bulatan laman web Google yang berada di kedudukan teratas mempunyai bulatan yang besar jika dibanding dengan yang lain. Setiap lingkaran pula mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Vodien juga menggunakan warna untuk membezakan setiap laman web mengikut kategori jenis laman web seperti banking, streaming, social media, news, retail and e-commerce dan sebagainya. Jika mengikut kategori warna, social media berada di kedudukan kedua dibelakang news.

Walaupun laman web dan juga search engine Yahoo.com telah diketepikan dan dilupakan oleh kebanyakan netizen, Yahoo.com masih bertahan dan berada di kedudukan nombor 5 laman web yang popular.

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Wah, patut asyik menggoogle je kan... hihi...Lagi pun Yahoo macam tak best je...

    BalasPadam
  2. LZ suka guna Google compare to yahoo atau lain2.. Jadi tak mustahil Google berada ranking pertama. 👍

    BalasPadam
  3. wow... bagus3x sebab kita memang banyak pakai google pun. :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama