Filem 'Beauty And The Beast' Tetap Akan Ditayangkan Di Malaysia

Filem 'Beauty And The Beast' Tetap Akan Ditayangkan Di Malaysia

Peminat filem 'Beauty and The Beast' gempar seketika apabila filem ini yang sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac 2017 telah ditangguhkan daripada ditayangkan di Malaysia. Filem ini dibintangi oleh Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai (Gaston).

Ini berikutan kontroversi apabila pengarah filem ini, Bill Condon memberitahu bahawa karektor Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay. Beliau kemudiannya menambah, Le Fou mempunyai adegan gay eksklusif dalam filem tersebut.

Le Faou

Bukan sahaja di Malaysia, filem ini turut dilarang daripada ditayangkan di sebuah panggung wayang di Alabama, Amerika Syarikat. Negara Rusia juga turut melarang kanak-kanak dibawah usia 16 tahun daripada menonton filem ini.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia memberitahu bahawa filem ini akan ditayangkan setelah beberapa adegan dalam filem tersebut disunting. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13, dimana kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah memerlukan bimbingan orang dewasa.

Setakat ini tiada ura-ura bila filem ini akan ditayangkan di Malaysia. Bagi mereka yang sudah membeli tiket awal tayangan, Golden Screen Cinemas (GSC) and TGV Cinemas membuat tawaran untuk membayar balik tiket yang sudah dibeli.


SUMBER : THE STAR ONLINE

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. dgq kata disney tak bg tayang kalau ada suntingan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah ada juga dgn ura-ura macam tu. Alah, orang malaysia ni kreatif tak dpt tgk kat wayang pn. Ada byk lagi cara nak tgk..

      Padam
Terbaru Lebih lama