Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Malaysia adalah sebuah portal laman maya membeli-belah yang menyediakan perkhidmatan penjualan pelbagai jenis produk. Antara produk-produk yang boleh didapati dalam laman web Lazada Malaysia termasuklah barangan elektronik, barangan fesyen lelaki dan wanita, peralatan rumah, barangan kesihatan, permainan kanak-kanak, barangan sukan dan sebagainya.

Lazada Malaysia bukan hanya boleh di akses menggunakan komputer, bahkan Lazada mempunyai aplikasi Android dan iOS untuk memudahkan pengguna untuk membeli belah secara online. Sangat mudah bukan?

Sebelum ini, aku hanya mampu untuk 'usha' sahaja barangan yang dijual melalui Lazada. Itu pun disebabkan kekangan penggunaan kad debit. Setelah masalah kad debit selesai, aku cepat-cepat membeli dua barangan yang sudah lama berada dalam 'wishlist'. Apa yang boleh aku katakan, proses pembelian teramatlah mudah.

Lazada Birthday Blogger Contest - THE ARIAZIR

Bersempena dengan 'Lazada Birthday Sale' yang berlangsung dari 22 March 2017 sehingga 24 March 2017, pihak Lazada telah menganjurkan special giveaway 'Lazada Birthday Blogger Contest' khas buat para blogger di luar sana. Sebelum terlupa, bersempena dengan Lazada Birthday Sale ini juga, pelanggan Lazada akan dapat menikmati sehingga 90% diskaun.

Lazada Birthday Blogger Contest


1. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia? What do you love about Lazada Malaysia? 

Pertama sekali benda yang paling aku suka tentang Lazada Malaysia ialah ianya sangat mudah untuk diakses tidak kira sama ada menggunakan komputer atau pun menggunakan aplikasi pada Android dan iOS.

Kedua ialah Lazada Malaysia mempunyai pelbagai jenis produk-produk yang boleh dipilih mengikut kategori yang ada. Dengan 'search engine' terbina, pengguna boleh taip apa sahaja produk yang ingin dibeli. Nak beli tapi belum ada budjet yang cukup, simpan sahaja dalam 'wishlist'. Budjet dah cukup, periksa 'wishlist' yang sudah disimpan dan terus buat pembayaran (asalkan stok masih ada).

Ketiga pula, Lazada menyediakan pelbagai jenis 'sales' yang sangat menguntungkan pengguna dan pembeli. Lihat saja sekarang, sempena dengan Lazada Birthday Sale pelanggan Lazada dapat menikmati diskaun sehingga 90% diskaun. Memang sangat menguntungkan! Jangan lepaskan peluang keemasan wahai kawan-kawan.


2. Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia (Produk Kegemaran). Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

Setakat ini sudah ada bermacam jenis produk yang hendak dibeli tapi masih belum lagi mempunyai budjet yang mencukupi. Di sini aku senarai tiga barangan yang menjadi 'top priority' untuk dibeli.

a. Toprime Anti-Slip Backing Universal Car Seat Covers for Both Fabric and Leather Car Seats (Black&Red) 

Sekarang ni dalam perancangan untuk nampakkan kereta standard kepada kereta mewah yang mewah hiasan dalamannya. Disebabkan kerusi kereta sekarang menggunakan material fabric, jadi mudah untuk kotor. Dengan adanya Leather Cover, boleh kurangkan kesan kotor

Toprime Anti-Slip Backing Universal Car Seat Covers for Both Fabric and Leather Car Seats (Black&Red)

b. Blaupunkt BP2.0 FHD 1080P DVR Digital Video Recorder Dash Cam Car Vehicle Camera

Produk wajib ada untuk kereta ialah dashcam car. Sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan di kawasan tiada 'saksi', rakaman video dari dahscam boleh dijadikan bukti untuk dilaporkan kepada pihak polis. 

Blaupunkt BP2.0 FHD 1080P DVR Digital Video Recorder Dash Cam Car Vehicle Camera


c. LG 43" UHD 4K HDR Smart LED TV - 43UH610T 

Last but not least, TV LG 43" menjadi idaman. Boleh dijadikan sebagai monitor kedua untuk PC dibilik. Tujuannya untuk tengok movie dengan sistem audio sedia ada. Tak syok tengok movie skrin kecil.

LG 43" UHD 4K HDR Smart LED TV - 43UH610T


3. Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat meningkatkan lagi perkhidmatannya? How do you think Lazada Malaysia can improve? 

Tak banyak boleh aku cadangkan untuk penambahbaikan perkhidmatan Lazada ini. Setakat ini setelah selesai membeli barang dari Lazada memang terbaik. Mungkin pihak Lazada boleh buat 'cross-check' setiap barangan yang akan dihantar kepada pelanggan menepati seperti maklumat dan gambar sedia ada dalam laman web Lazada. Ini untuk mengelakkan daripada pelanggan ditipu oleh 'vendor'. Setiap 'vendor' pula perlu melalui 'evaluation' dan 'score-card' setiap tahun. Dengan ini, Lazada mempunyai 'vendor' yang betul-betul berkualiti untuk menjual barangan mereka melalui Lazada. 


4. Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia? What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Terima kasih Lazada Malaysia kerana anda telah memudahkan pelanggan di Malaysia khususnya untuk membeli-belah dengan mudah dan cepat. 

HAPPY BIRTHDAY yang ke-5 LAZADA, semoga terus menjadi salah satu laman web dan penyedia perkhidmatan membeli belah secara online yang unggul dan terus-menerus membuat penawaran istimewa khas buat rakyat Malaysia.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk membeli belah bersama Lazada Malaysia. Berlanjalah mengikut kemampuan anda! Sekian saja dari THE ARIAZIR.

6 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama