Trafik Blog "THE ARIAZIR" Meroket Sehingga Ke Bulan

Trafik Blog "THE ARIAZIR" Meroket Ke Bulan

Siapa sangka dengan hanya join segmen, trafik blog naik mendadak secara tiba-tiba. Kalau sebelum ini dalam sehari hanya dapat 50 views, kali ini trafik blog meroket sehingga ke bulan. Terima kasih kepada bro +HASRULHASSAN.COM yang memberi peluang blogger dan blog 'bawah tanah' ini merasa kehangatan untuk mendapatkan trafik sehingga 3000 views hanya dalam sehari.

Aku kira bernasib baik sempat join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket" sehari sebelum tertutupnya segmen pada 9 Mac 2017. Sepatutnya segmen tersebut berakhir pada 10 Mac 2017, tetapi disebabkan hendak memberikan trafik semaksima mungkin untuk blog yang terawal join, tarikh tutup dipercepatkan.

Baca: Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Trafik Blog Meroket Seperti Yang Dijanjikan

Seperti yang dijanjikan, sesiapa yang join segmen tersebut bakal mendapat trafik blog yang sangat luar biasa. Memang betul-betul menjadi selepas blog THE ARIAZIR tersenarai dalam Senarai Peserta Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket".

Setiap peserta yang join segmen khas ni, diberi peluang meletakkan satu post bagi mereka yang inginkan trafik post meroket. Aku amat bernasib baik sebab blog ini masih baru dan post pun tak berapa banyak jadi senang untuk buat pilihan post yang patut trafik diroketkan.

Pening juga nak memilih sebenarnya. Kalau boleh nak 'offer' post yang boleh bagi manfaat pada orang lain. Dan aku memilih post "Perkara Wajib Dilakukan Apabila Gaji Masuk" dan ianya berhasil apabila trafik post melonjak naik sehingga 2 ribu lebih view. Bukan itu juga, post lain juga turut terasa tempiasnya. Memang terkejut apabila tengok beribu-ribu view dalam masa satu hari saja.

Trafik Blog Meroket Seperti Yang DijanjikanSeperti yang diberi tahu oleh bro Hasrul Hassan, ini hanyalah 'one time traffic boost'. One time pun one time lah, asalkan trafik post meroket.

Blog anda akan terima trafik mencanak-canak untuk blog post yang anda berikan link sahaja menerusi segmen ini. Trafik blog anda mungkin akan naik sehingga 10K-30K dalam masa beberapa hari sebaik sahaja penyertaan diterima. Ini hanyalah 'one time traffic boost'. Saya tak jamin trafik blog akan terus meroket selepas tamat segmen ini.
- Hasrul Hassan

Harap selepas ini, mungkin bro Hasrul Hassan boleh pertimbangkan untuk buat satu lagi segmen yang sama. Ini mungkin juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk blogger sendu seperti aku untuk terbiatkan post atau artikel yang berkualiti yang boleh menjamin trafik blog meningkat dari hari ke hari. Sekaligus dapat 'capture' pembaca blog setia.

7 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Pergh..mencanak juga naiknya..tapi boleh je teruskan..kena wat entri yang ramai org suka baca..InsyaAllah pasnie meroket je tiap2 hari..jalan dah ada kan

    BalasPadam
  2. Wow.. rugi pula saya tak join hari tu.. memang hebat tuan HH tu kan..

    Tak sempat nak join untuk roketkan trafik saya. huhu kena tunggu segmen yang seterusnya ni

    BalasPadam
  3. saya tak sempat bro..ada tak tuan HH pecahkan rahsia bagaimana dia dapatkan trafik yang begitu hebat sekali

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. terima kasih kerana sudi luangkan waktu untuk tulis dan terbitkan entri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bro HH sebab bagi peluang utk trafik meroket sekejap.

      Padam
  5. Wah ni baru betul2 meroket sampai ke Pluto ni. Tahniah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama