EyeEm App: 2 Gambar Telah Dipilih Sebagai 'Premium Collection'

- 4/02/2017

Sekarang terdapat pelbagai jenis aplikasi Android yang muncul bak cendawan di Google Play Store antaranya ialah aplikasi perkongsian foto. Instagram adalah salah satu aplikasi foto yang mendapat perhatian orang ramai untuk berkongsi gaya hidup dan cerita kepada orang ramai di seluruh dunia. Gambar selfie, gambar makanan, wedding dan banyak lagi gambar yang menarik kita boleh tengok melalui Instagram.

Jika korang seorang penggemar 'mobile photography' dan ingin mengikuti perkembangan hasil photography yang menarik dan nampak lebih professional, EyeEm adalah salah satu aplikasi yang patut korang gunakan. Melalui aplikasi EyeEm, korang bukan saja boleh berkongsi skill photography dengan gambar yang ada tapi lebih dari itu. Hasil perkongsian gambar melalui EyeEm sebenarnya boleh dijual jika ianya sesuai dengan kehendak 'EyeEm Market'.

Mari Kenali Lebih Dekat Aplikasi EyeEm

EyeEm (disebut sebagai "I am") ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Berlin, Jerman. Antara lain EyeEm juga adalah sebuah pasaran dan komuniti fotografi global yang telah diasaskan oleh Florian Meissner bersama Ramzi Rizk, Gen Sadakane dan Lorenz Aschoff.

Pada awal tahun 2010, mereka berempat mempunyai misi dan visi untuk mengembangkan lagi industri 'mobile photography' ke seluruh dunia dan seterusnya telah mencipta aplikasi EyeEm Beta buat pengguna iPhone sahaja yang mana pengguna seluruh dunia boleh berkongsi pelbagai gambar. Selain itu, EyeEm adalah tempat dimana jurugambar amatur dan professional berinteraksi dan belajar lebih lanjut mengenai ilmu fotografi. Kemudian di ikuti dengan tahun berikutnya pada tahun 2011, EyeEm telah melancarkan versi pertama EyeEm untuk platform Android dan juga iOS.


Kerjasama EyeEm Maket dan Getty Images 

Pada tahun 2014, EyeEm telah bekerjasama dengan Getty Images untuk mengedarkan gambar-gambar yang diambil oleh pengguna EyeEm. Pada tahun berikutnya, EyeEm telah melancarkan 'EyeEm Market' iaitu pasaran dalam talian yang membolehkan pengguna EyeEm menjual gambar mereka sendiri secara online.

EyeEm Colaborate with Getty Images

The best thing about selling photos on EyeEm Market is not only the financial reward that comes with it. It’s also seeing a moment you’ve captured being used by brands and editors to communicate the stories they want to tell – be it in online news articles, advertising campaigns and even fiction book covers.
by Cherrie, 2016
Penjualan gambar bukan semudah yang disangka sebenarnya, setiap gambar yang akan dipilih dan diedarkan EyeEm Market harus melalui proses review. Setiap gambar akan dinilai oleh editor EyeEm dan menepati 'Commercial Use' dan 'Editorial Use' kriteria. Jika bertuah, gambar yang telah menepati kriteria akan dipilih dan dimasukkan dalam senarai 'Premium Collection'

Setiap gambar yang dikategorikan sebagai Premium Collection' akan diedarkan ke Getty Images dan rakan kongsi premium EyeEm Market. Gambar Premium Collection akan menerima 50% hasil penjualan setiap kali gambar telah dijual dan hakcipta pemilik asal akan dilindungi.

2 Gambar Telah Dipilih Sebagai Premium Collection

Pada asalnya, aku tidak tahu menahu sangat tentang EyeEm, yang aku tahu EyeEm adalah salah satu platform untuk photographer 'amateur' seperti aku kongsi hasil seni gambar yang pernah aku ambil sebelum ini. Tujuan lain ialah untuk dapatkan ilmu sebanyak mungkin berkaitan ilmu fotografi secara mobile.

2 Gambar Telah Dipilih Sebagai Premium Collection


2 Gambar Telah Dipilih Sebagai Premium Collection

Setakat ini ada 9 gambar yang aku upload menggunakan EyeEm. Daripada 9 gambar yang ada, 6 gambar tersenarai dalam 'market' dan 2 gambar dalam 'premium collection'. Tak banyak sangat pun. Ini pun hanya cuba-cuba sebenarnya. Bukan tujuan utama untuk dapatkan 'hasil' tapi lebih kepada nak share saja. Tapi kalau mendatangkan hasil pun kira ok juga kan.

Siapa yang ada akaun EyeEm, jom follow memfollow antara satu sama lain. Kita meriahkan lagi komuniti 'mobile photography EyeEm' ni.

SUMBER: EYEEM - WIKIPEDIA
Advertisement

5 Komen

avatar

wah bukan mudah juga nak gambar kita terpilih. good job

avatar

tahniah..berita ini sangat mengujakan ..

boleh buat duit selepas ini..

avatar

Itulah. Tak sangka gak.

avatar

InshaAllah, boleh tambah pendapatan sampingan kalau betul2 terjual.

avatar

Bagus juga ni.. Boleh la menaikkan semangat bagi mereka yang minat bidang ni.. ada peluang buat duit lagi..

Tahniah

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search