Kalau Mahu Gaji Besar Tapi Kerja Sambil Lewa

- Isnin, April 03, 2017

Amboi...amboi..kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa...amboi...amboi. Oppss! Ternyanyi pula lagu Amboi dari Altimet ni. Lagi Amboi oleh Altimet ini memang punyai maksud yang mendalam dan secara sinis menyindir untuk memberi peringatan kepada semua yang mendengarnya termasuklah aku.

Ada orang walaupun bergaji kecil tidak kisah pun jika 'workload' terlalu banyak. Setiap kerja harian yang datang, dia tetap fokus untuk selesaikan satu per satu. Ada juga bergaji kecil tapi setiap hari merungut dengan kerja yang ada walaupun 'task' yang ada tidaklah banyak mana. Memang sesuai dengan jawatan dan gaji yang diterima. Mungkin bila dah bergaji nanti barulah dia buat kerja bersungguh-sungguh. Mungkin! Ini adalah satu 'assumption' yang tidak boleh diterima pakai. Macam mana dapat berkat kalau berperangai seperti ini?

Kerja Satu Ibadah Dan Amanah

Mungkin ada yang kata, "kau boleh la gaji besar, aku ni gaji kecil buat apa aku nak buat kerja lebih". So bila cas negatif ini dah merasuk diri, semua benda akan jadi serba tak kena. Mulalah buat kerja sambil lewat. Tak berkat tau tak.

Dalam Islam, pekerjaan adalah merupakan suatu ibadah dan tuntutan fardhu yang sangat dituntut ke atas umatnya. Perkerjaan adalah satu amanah yang merupakan perkara penting yang perlu dititik ke dalam jiwa kita. Dengan itu, pekerjaaan yang dilakukan menepati kualiti dan mendapat keberkatan mengikut acuan syariah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfal ayat 27:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan jangan lah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya.
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT mengingatkan dan memberi peringatan kepada kita supaya tidak mengabaikan amanah yang diberikan. Jika kita menjaga amanah yang diberi, ia akan mendorong kita untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh seterusnya menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab. Ini adalah contoh yang baik kepada rakan-rakan lain dan mendorong orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu bekerja dengan tekun
(Riwayat Abi Daud).
Amanah ini bukannya bila kita bergaji besar baru nak ada amanah. Amanah adalah ukuran kepada kesungguhan kita dalam melakukan suatu pekerjaan dengan menepati masa yang ada. Ini adalah salah satu titik tolak dalam diri kita berusaha untuk terus maju kehadapan.

Apa yang ingin aku sampaikan adalah untuk peringatan kepada diri sendiri agar tak lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Bayangkan jika pupuk rasa amanah ini dalam diri kita, hasil pendapatan yang kita peroleh mendapat keberkatan dari Allah SWT. Marilah kita sama-sama istiqamah dalam setiap pekerjaan yang akan kita lakukan kerana Allah SWT.



SUMBER: SINAR ONLINE
Advertisement

3 Komen

avatar

Betul tu, kerja tu satu ibadah. Sentiasa berusaha untuk tingkatkan produktiviti kerja kita. Kalau ada rezeki dan rajin usaha inshaAllah ada rezeki lebih naik untuk kita.

avatar

Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah

Siapa yang berusaha dia la dapat hasilnya. kadang2 orang kerja nak hasil lebat tapi kerja malas.

Bila malas dan tak berjaya, mula la cari kesalahan orang lain, kata kena santau la ada orang benci..

Eh emosi pula

avatar

Mendalam maksud lagu Altimet tu.... kerja kalau berkat gaji kecik tapi sentiasa cukup...

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search