Pelan Internet U Mobile Masih Lagi Menjadi Pilihan

Pelan Internet U Mobile Masih Lagi Menjadi Pilihan

Nampaknya semakin menjadi-jadi perang antara telco dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna sedia ada dan juga menarik pengguna baru. Baru-baru ini sahaja, Digi telah melancarkan pelan internet Digi Postpaid INFINITE yang menawarkan kuota data internet tanpa had. Perang yang tunjukkan oleh telco ini adalah persaingan yang sihat dan memberi banyak kelebihan kepada para penggunanya.

Walaupun bermacam pelan internet yang ditawarkan sangat menggiurkan oleh telco seperti Celcom, Maxis, Webe, Digi dan lain-lain, aku masih lagi kekal untuk melanggan pelan internet daripada telco U Mobile. Buat pengetahuan korang semua, aku melanggan 'Unlimited Mobile Plan - UMI 30' daripada U Mobile dengan bayaran cuma RM 30 sebulan.

Baca juga: 4 Sebab Kenapa Pelan Internet Webe Mobile Tidak Berbaloi

Kenapa Pelan Internet U Mobile Masih Lagi Menjadi Pilihan

Sebelum itu, aku mahu tegaskan bahawa artikel ini ditulis tidak mempunyai kaitan dengan 'advertorial' dan juga 'sponsor' daripada U Mobile. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman menggunakan pelan internet U Mobile. Kalau nak sponsor pun ok juga.

Jujur aku katakan, sebenarnya mula-mula aku menggunakan telco U Mobile adalah kerana tiada pilihan lain disebabkan 'coverage' Celcom , Digi, Maxis yang sangat terhad di kawasan tempat tinggal aku. Setelah cuba satu per satu telco yang lain, U Mobile adalah antara telco yang mempunyai liputan luas dikawasan tempat tinggal aku sekarang. Paling menarik sekali, liputan 4G LTE pun ada.

Seperti yang aku beritahu sebelum ini, aku melanggan pelan UMI 30 daripada U Mobile dengan bayaran RM30 sebulan. Murah dah jimat teramat sangat! Apa yang aku dapat dengan UMI 30?


Apa Yang Bagus Tentang UMI 30 Daripada U Mobile?


Pelan Internet U Mobile Masih Lagi Menjadi Pilihan

UMI30 menawarkan kuota internet sehingga 10Gb. Disebabkan aku bukanlah 'hardcore' dalam penggunaan internet mobile, 10 Gb sudah mencukupi untuk sebulan. Selalunya aku akan rugi 3Gb kuota internet setiap bulan sebab tak gunakan semaksimum mungkin.

Ini kerana, UMI 30, telah mempunyai Video Onz sebanyak 2.5Gb data internet. Dengan Video Onz aku boleh melayan bermacam jenis video melalui Youtube tanpa menggunakan 7.5Gb data sedia ada. Selain itu juga, untuk streaming muzik seperti Spotify, UMI 30 menawarkan Music Onz dengan 'unlimited' data internet. So, aku tak perlu risau untuk layan sampai ke sudah.

Pelan Internet U Mobile Masih Lagi Menjadi Pilihan

Paling best sekali, U Mobile juga menawarkan 'Free data streaming Youtube and Tonton' dari pukul 2.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Rasa-rasa kalau nak jadi kelawar atau burung hantu, boleh layan video youtube pagi-pagi buta sampai muntah. Dah jimat kuota internet sedia ada.

Dari segi tahap 'download speed' pula sangatlah tidak mengecewakan (bergantung pada kestabilan internet). Keputusan hasil dari Speedtest.net menunjukkan purata 'download speed' ialah 10 Mbps ke 26 Mbps. Kira laju dari TM Streamyx yang aku pakai dirumah sekarang. Nak download satu apps memang tak perlukan masa yang lama. Tengok video Youtube pun tak ada buffering dan 'lag' yang teramat sangat. Bolehlah layan video Youtube 1080p dengan selamba.

Pelan Internet U Mobile Masih Lagi Menjadi Pilihan

Dah cukup dengan Video-Onz, dan Music-Onz, penawaran terbaru dari U Mobile yang membuatkan aku kekal bersama U Mobile ialah kerana App-Onz. App-Onz yang ditawarkan mereka sangatlah bagus kerana korang tak perlu gunakan data sedia ada jika menggunakan aplikasi Facebook, Instagram dan Twitter. Data dah habis? Jangan risau, App-Onz kan ada. Boleh layan video di Facebook, Instagram dan Twitter. Cuma untuk dapatkan App-Onz, pengguna sedia ada perlu tukar pelan sedia ada.

Akhir kata, setiap orang mempunyai pilihan sendiri. Mungkin pada aku U Mobile mempunyai pelan internet yang bagus jika nak dibandingkan dengan telco yang lain. Mungkin pada orang lain ada, U Mobile tidaklah sebagus seperti yang aku katakan. Itu semua bergantung kepada citarasa individu itu sendiri. Korang pula macam mana, apa telco yang korang gunakan sekarang?

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. umobile memang best tapi line sini slow huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah ada juga sebenarnya kawasan yg coverage tak bagus.

      Padam
  2. Banyaknya kelebihan UMobile compare telco yang Mrs. A guna sekarang tapi sayangnya kat kampung Mrs. A UMobile takde coverage :-(

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama