Petronas Gift Card - Tak Perlu Tunai Untuk Isi Minyak Guna Kad Pun Boleh


Dalam kepala hari-hari terfikir bagaimana caranya kalau boleh tak nak terusik minyak motor bulanan untuk pergi ke tempat kerja. Selalu selepas dapat gaji terus keluarkan RM 240.00 dah simpan dalam dompet. Bukannya apa malas nanti nak dua tiga kali pergi ke bank disebabkan nak isi minyak motor punya hal. Tetapi bila dah tengok ada duit dalam dompet mulalah nak belanja ke tempat lain. Memang tak boleh ada wang tunai dalam dompet.

Jadi macam mana nak mengelakkan daripada duit minyak motor daripada terguna ke tempat lain. Iaitu dengan cara tukarkan duit kepada bentuk kad. Kad debit pun boleh guna. Tapi risau pula kad cepat rosak dan besar kemungkinan kalau tak dijaga betul, hilang pula. Lebih baik kau duduk diam-diam dalam dompet. Hujung bulan baru guna.

Petronas Gift Card Penyelesai Masalah

Dapat tahu daripada seorang sahabat ni dia dapat satu kad petronas iaitu Petronas Gift Card yang mana kad boleh digunakan untuk membuat pembayaran minyak motor tanpa perlu beratur panjang (kalau tak peak hour lah) lagi. Bukan itu saja, dengan kad tersebut korang juga boleh membuat pembelian di dalam kedai stesen Petronas.


Petronas Gift Card ini boleh didapati dimana-mana stesen Petronas yang terpilih. Harga? Aku tak berapa pasti sebab aku dapatkannya daripada seorang kenalan yang bekerja di stesen Petronas. Beliau memberikannya secara percuma dan dia tidak beritahu harga sebenar. Korang yang inginkannya boleh cuba bertanya di kaunter stesen minyak Petronas.

Kad ini fungsinya sama sahaja dengan kad Touch N Go. Cuma perlu topup minimum RM 10.00 sahaja dimana-mana stesen minyak Petronas korang dah boleh gunakannya. Perlu di ingat, selepas topup sejumlah wang ke dalam Petronas Gift Card, ianya tidak boleh ditukarkan kembali dalam bentuk wang.

Baca juga: MyKad Pengganti Touch N Go - Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online


Kekurangan Yang Ada Pada Petronas Gift Card

Apa yang pasti Petronas Gift Card ini terdapat banyak kekurangan dari segi keselamatan dan lain-lain seperti:


  • Tiada Nombor PIN pengesahan apabila transaksi dijalankan. Bahaya jika terjatuh ditangan pihak tidak bertanggungjawab. 
  • Kad yang hilang berserta jumlah yang wang di dalamnya tidak boleh dikembalikan.
  • Baki hanya boleh diperiksa melalui kaunter stesen minyak Petronas dan juga ditalian Mesralink.
  • Jika pembatalan dibuat, nilai wang di dalam kad tersebut tidak boleh dikembalikan. 

Pada mereka yang menggunakan Petronas Gift Card, simpanlah kad tersebut di tempat yang selamat. Dan jika perlu, jangan sesekali tambah nilai dengan nilai yang sangat besar. Jika hilang nilai tersebut tidak boleh dikembalikan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petronas Gift Card sila layari pautan - PETRONAS Gift Card ini.

17 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. gift kad , eh sekarang petronas mcm dah ada mcm kad ke ni n offer
    sbb dengar petronas dah bagi yk points kalau isi minyak dengan dorang ...btol ke ??

    BalasPadam
  2. betul!! im using it now! skrg kad mesra bagi 3x points setiap liter yg kite pump.. cume yg ni pnye kad i xsure sbb bahaya la.. penat2 kite topup dlm, kalau hlang buat naya je..

    BalasPadam
  3. Saya baru saja hilang haritu. Baki ada dalam RM250. Kena simpan2 baik. Susah nak minta refund balik. Tp pastikan berdaftar kad tu. Sebb haritu petronas care service kata kalau sy register awal2 mgkn diorang boleh pertimbangkan untuk bagi refund balik. Tapi ada macam2 borang kena isi.

    BalasPadam
  4. Saya dapat free. Tak silap kalau beli dalam RM50.

    BalasPadam
  5. reloadable, pelik lar macam ni, kita top up dan bagi orang lain guna ke? baik aku bagi dia duit dan suruh dia pump petrol, haha.

    BalasPadam
  6. gila lar macam itu, simpai duit dan guna cash je semasa isi minyak, kenapa guna kad tu? aku sentiasa guna cash dan guna petronas mesra kad collect point saja, haha, kad gift risky sangat

    BalasPadam
  7. kad mesra yg biasa tu free je,, mcm2 la dpt.. kalau promotion lagi best.. guna card tu collect points dpt byk siket.. boleh collect point dari minyak dgn brang kat kedai dorang..

    BalasPadam
  8. seriusly? byk tu yg hilang... sy rase petronas kad ni patut buat pin number la baru safety siket.. kalau swipe je mmg bahaya.. kwn sy pun penah hilang jgak.. tapi refund dia cepat je dpt.. dalam tmpoh 2 mnggu je sbb dia hilang rm 30 je hwhehe

    BalasPadam
  9. bandingkan dgn loyalty card station lain, petronas je yg berani pakai kad mcm ni.. lagipun sy pakai petronas kad tu pun sbb boleh dapat point dari beli brg.. kalau x, dulu pakai ptrn.. minyak je boleh dapat point..

    BalasPadam
  10. Sebab tak register awal2 masa amik kad.

    BalasPadam
  11. isi minyak pun boleh guna credit card, debit card pun boleh, biasanya aku guna credit card, sebab ada cashback petrol, tapi sekarang petronas mesra kad ada promosi 3 kali ganda point, hmm, rasa aku nk ambil satu card pun

    BalasPadam
  12. hahaha, aku pun rasa samanya, loyalty card station lain, paling bagus pun bagi rm1 = 1 point, tapi sekarang petronas mesra card bagi dekat2 rm2 = 3 point, sebab rm2.30 = 1 litre, 1 litre = 3point, lebih dari station lain

    BalasPadam
  13. blh topup dr online x? klu bh share link.

    BalasPadam
  14. gift card blh top up dari online x? klu blh tlg share link.

    BalasPadam
  15. Tak boleh. Hanya boleh topup dekat petrol station je.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama