Facebook Stories Hadir Pada Paparan Desktop

Facebook Stories Hadir Pada Paparan Desktop

Nampaknya fungsi Facebook Stories telah pun hadir untuk paparan dekstop. Bagaimana pun melalui laman web TechCrunch memberitahu bahawa fungsi ini masih lagi diperingkat pengujian. Tidak seperti aplikasi Facebook mobile, Facebook stories di paparkan pada bahagian tepi tidak bukannya pada bahagian atas.
Whatsapp, Instagram, Facebook, Messenger Stories


Bagaimanapun, fungsi ini hanyalah terhad untuk melihat dan pengguna tidak memuat-naik sebarang kandungan video seperti yang ada pada aplikasinya. Mungkin pada masa akan datang fungsi ini boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna yang lebih gemar untuk memuat kandungan video melalui komputer. Tapi siapa yang mahu bawa komputer ke hulu ke hilir?

Kalau dilihat dari jumlah pengguna yang menggunakannya, Facebook Stories belum lagi boleh mendominasi Instagram Stories. Seperti yang korang tahu, Instagram adalah salah satu platform yang penggunanya gemar untuk berkongsi gambar dan kandungan video harian mereka.

Pihak Facebook sebelum ini telah pun melancarkannya pada aplikasi utama mereka iaitu Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger yang telah di salin semula daripada aplikasi Snapchat.

1 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama