Cara Muat Naik Gambar Ke Instagram Menggunakan Komputer


Instagram adalah salah satu aplikasi mobile yang kini mendapat tempat di hati semua penghuni bumi untuk berkongsi kandungan berbentuk gambar dan video. Pada 6 tahun yang lepas, Instagram dilancarkan hanya untuk sistem operasi iOS dan hanya selepas 2 tahun selepas itu diperkenalkan untuk sistem operasi Android pula.

Selain daripada aplikasi Instagram yang boleh didapati melalui Google Play Store dan Apple Store, ianya juga boleh diakses melalui laman web Instagram.com. Walau bagaimanapun, Instagram versi dekstop tidak mempunyai fungsi untuk memuat-naik gambar dan video. Hanya boleh melihat 'timeline' rakan-rakan Insta sahaja dan tidak lebih dari itu.


Cara Memuat-naik Gambar dan Video Menggunakan Komputer Tanpa Sebarang Perisian Pihak Ketiga

Ada antara kita yang menyimpan gambar yang berkualiti tinggi khusus buat mereka yang menggunakan kamera DSLR untuk menangkap gambar. Agak rugi jika dikongsikan dengan rakan-rakan lain hasil tangkapan terbaik di dalam Instagram.

Tanpa sebarang pemasangan perisian pihak ketiga, gambar dan video korang boleh di muat-naik hanya menggunakan pelayar web Google Chrome. Tidak percaya? Baca sehingga habis dan teliti betul-betul setiap langkah yang akan ditunjukkan seterusnya.

Cara Memuat-naik Gambar dan Video Menggunakan Komputer Tanpa Sebarang Perisian Pihak Ketiga

Langkah Pertama
Buka pelayar web Google Chrome. Jika tiada sila muat turun dan install terlebih dahulu.

Langkah Kedua
Pada paparan utama Google Chrome, tekan CTRL + SHIFT + I denga serentak pada keyboard. Atau juga korang boleh klik kanan pada mouse dan pilih 'inspect'.

Selepas itu, paparan 'Customize and control DevTools' akan muncul. Perhatikan dan klik pada ikon 'Toogle device toolbar' untuk mengaktifkan pelayar web menjadi paparan untuk seperti mobile view.

Cara Memuat-naik Gambar dan Video Menggunakan Komputer Tanpa Sebarang Perisian Pihak Ketiga

Cara Memuat-naik Gambar dan Video Menggunakan Komputer Tanpa Sebarang Perisian Pihak Ketiga


Langkah Ketiga

Pergi ke bahagian URL dan taip Instagram.com. Login seperti biasa.

Cara Memuat-naik Gambar dan Video Menggunakan Komputer Tanpa Sebarang Perisian Pihak Ketiga


Selepas sahaja login, korang dah boleh muat-naik gambar atau pun video. Senang dan tak perlu pasang perisian pihak ketiga. Mudah sangat.

Jika korang mungkin tidak berapa faham langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di atas. Boleh kemukakan segala pertanyaan dengan komen sahaja di bawah. full-width

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Nice sharing. Lepas ni senang lah kje nk upload gambar dr komputer. Kalau tak kena transfer dlm hp dulu.

    BalasPadam
  2. Baru best sikit kalau transfer melalui PC. Selamat mencuba.

    BalasPadam
  3. nice sharing.... wah mudah kerja mrs pip lepas ni.... thanks sangat ...

    BalasPadam
  4. AS Personal Blog3 Oktober 2017 11:55 PTG

    Terkagum sekejap Annur. rupanya ada cara nak upload gambar direct dari lappy terus ke IG. Makin galak la Annur update instagram lepasni..tenkiu sangat untuk tutorial berguna ni.

    [annursyuhadah(dot)com]

    BalasPadam
  5. So macam mana? Dah cuba upload. Share lah kalau dah boleh upload guna cara di atas.

    BalasPadam

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017