Google Play Protect Memastikan Peranti, Data Dan Aplikasi Anda Selamat

Google Play Protect Memastikan Peranti, Data Dan Aplikasi Anda Selamat

Pada tahun 2017 pelbagai berita tentang malware dan pencerobohan secara digital banyak diperkatakan. Hangat diperkatakan ialah serangan Wannacry iaitu pengguna diseluruh dunia terkesan apabila komputer mereka diceroboh dan dikunci 'encrypt'. Mengakibatkan data dan fail di dalam komputer sukar untuk dipulihkan dan dikembalikan seperti biasa. Rentetan kejadian itu, banyak syarikat gergasi IT terutama Microsoft telah membuat penambahbaikan pada sistem operasi mereka dengan menambahkan ciri-ciri keselamatan.

Baca juga: Serangan Mengejut Ransomware WannaCry Di Seluruh Dunia

Apa itu Google Play Protect?

Google Play Protect adalah satu satu fungsi keselamatan pada peranti Android. Inisiatif daripada pihak Google ini dapat mengurangkan dan melindungi data dan aplikasi yang terdapat pada peranti Android daripada serangan malware dan lain-lain. Jadi sebagai seorang pengguna peranti Android, korang sudah tidak perlu risau dengan soal keselamatan sistem operasi Android.

Google Play Protect Memastikan Peranti, Data Dan Aplikasi Anda Selamat

Google Play Protect akan bertindak sebagai 'the first layer of security' apabila korang ingin muat-turun atau mengemaskini sesuatu aplikasi di dalam Google Play. Sebelum Google Play bertindah untuk memasang dan mengemaskini aplikasi, Google Play Protect akan memainkan peranan dengan cara membuat imbasan. Jika tiada sebarang petanda keselamatan dieksploitasi, perkataan 'Verified by Google Play Protect' akan muncul dan akan membenarkan aplikasi dipasang dan dikemaskini.

Google Play Protect Memastikan Peranti, Data Dan Aplikasi Anda Selamat

Bagaimana mengetahui jika peranti korang dilindungi? Senang saja caranya, cuma perlu buka Google Play kemudian klik pada 'menu navigation' dan pilih Google Protect. Ini tahu lebih lanjut tentang Google Play Protect, silalah layari - Introducing Google Play Protect.

Catat Ulasan

0 Ulasan