iPhone 'X', Sebutan Yang Betul ialah iPhone 10


Buat pertama kalinya 'Apple Events - Keynote September 2017' telah diadakan di 'Steve Job Theatre' yang berlangsung pada 12 September 2017 lalu. Apple Events adalah acara yang diadakan untuk mengumumkan dan melancarkan produk dan servis terbaru mereka. Apple Watch, Apple TV 4K, iOS 11, Watch OS4 dan iPhone 8 adalah antara produk dan servis terbaru yang diumumkan pada acara tersebut.

Produk yang paling dinanti-nantikan sekali adalah peranti mudah alih kegemaran ramai iaitu iPhone. Yang peliknya pada acara tersebut, mereka bukan mengumumkan dua jenis iPhone tetapi tiga iaitu iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Jika korang mengikuti Youtuber terkenal seperti MKBHD, beliau sebelum ini telah pun membuat spekulasi dengan memaparkan rekabentuk iPhone baru yang mungkin akan diperkenalkan sebagai iPhone 8 tetapi tidak. Ianya adalah 'design' yang diperkenalkan sebagai iPhone X.

Bukan iPhone 'X', Sebutan Yang Betul Adalah iPhone 10!

iPhone X bukanlah disebut sebagai iPhone 'X'. Cara sebutan yang betul sebenarnya ialah iPhone 10. Pada mereka yang tidak mengikuti dan menonton Apple Special Events September 2017, sudah tentu tidak mengetahui bahawa CEO Apple iaitu Tim Cook sendiri telah menyebut iPhone 10 semasa pengenalannya.

Kenapa tidak diberi nama iPhone 9 sahaja bukannya iPhone X. Berdasarkan beberapa sumber, Apple mengatakan iPhone X dikeluarkan dan direka bersempena dengan ulangtahun ke-10 produk iPhone sejak pengeluarannya pada tahun 2007 lagi. X adalah angka roman yang digunakan sebagai nombor 10.

Jika korang masih ingat, perkara ini turut sama berlaku pada produk keluaran Microsoft tidak lama dahulu. Microsoft membuat pengumumam dimana tiada Windows 9 selepas Windows 8 tetapi mereka terus menjangkau kepada Windows 10 yang disebut sebagai 'Windows as service'.

Sumber: Apple Special Events - Keynote September 2017

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Memamg sangat mahal. Hanya mampu berangan tengok keynote ni aje. Haha

    BalasPadam

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017