Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Paling Ramai Di Dunia

- 9/12/2017
Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Paling Ramai Di Dunia

Baru-baru ini berdasarkan laporan 'Reuters Institute Digital News Report 2017' iaitu hasil kajian oleh Dr David A.L. Levy, Nic Newman, Dr  Richard Fletcher, Dr Antonis Kalogeropoulus, dan Dr Rasmus Kleis Nielsen, Malaysia mempunyai pengguna Whatsapp paling ramai dalam dunia. Siapa sangka dengan hanya seramai 31 juta orang penduduk di Malaysia, rakyat negara ini telah mendahului negara lain iaitu sebanyak 51%.

Tidak dapat dinafikan bahawa Whatsapp adalah salah satu aplikasi permesejan paling popular setelah diperkenalkan pada 8 tahun yang lepas iaitu sekitar tahun 2009. Whatsapp bukan hanya digunakan untuk tujuan peribadi malah untuk tujuan perniagaan yang memudahkan orang ramai menghantar mesej dan berkongsi apa jua bentuk media seperti gambar, video, berita dan lain-lain dengan pantas tanpa berbayar dan tidak punya had.

Aku juga ambil masa untuk hadam laporan berkenaan yang mempunyai 136 muka surat ke semuanya. Nak membaca ke semua muka surat memang ambil masa yang sangat lama. Aku hanya baca sedikit dan terus lompat ke muka surat yang memaparkan statistik berdasarkan negara. Di bawah adalah salah satu muka surat yang sudah aku pisahkan daripada laporan asal.

Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Paling Ramai Di Dunia

Kalau korang berniat untuk membaca ke semua 136 muka surat laporan tersebut bolehlah klik di sini - Digital News Report 2017.
Advertisement

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search