Webe Pada Peranti Mudah Alih Berubah Kepada Unifi

Nama Rangkaian Webe Pada Peranti Mudah Alih Akan Berubah Kepada Unifi

Berdasarkan laman blog jaringan internet Webe bersempena dengan Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2017 mengumumkan akan berlaku perubahan pada nama rangkaian pada peranti mudah alih. Perubahan yang dilakukan bersama Webe dan TM adalah satu langkah ke arah 'convergence journey' dimana mereka ingin menyediakan produk dan servis yang lebih baik pada masa akan datang.

Baca juga: 4 Sebab Kenapa Pelan Internet Webe Mobile Tidak Berbaloi

Seperti yang diberitahu dalam laman blog mereka, perubahan yang dilakukan hanyalah pada nama rangkaian (Service Provide Name) sahaja yang sebelum ini memaparkan perkatan Webe. Kemudiannya akan memaparkan nama rangkaian Unifi. Pengguna sedia ada tidak perlu risau kerana ini hanyalah perbahan pada nama dan servis perkhidmatan internet masih lagi berjalan seperti biasa.

Nama Rangkaian Webe berubah kepada Unifi

Amanz.my iaitu salah sebuah laman web teknologi berbahasa melayu turut berkongsi gambar dimana bermula perkataan nama rangkaian telah pun berubah (mungkin hanya pada sesetangah peranti mudah alih) dalam akaun Twitter mereka.

Ingin lebih tahu mengenai perubahan yang dilakukan boleh pergi ke pautan ini - FAQ on Change of Service Provider Name (SPN) and Access Point Name (APN).

SUMBER: WEBE BLOG - LET'S COME TOGETHER

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama